Beza Usia 26 Tahun Tak Halang Danial Nikahi Guru Sendiri

Beza usia 26 tahun tidak menghalang untuk Muhammad Danial Ahmad Ali bercinta dengan gurunya, Jamilah Mohd hingga mendirikan rumah tangga.

“Setahun juga isteri mengajar kelas saya, namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke Tingkatan Empat.

“Kami ada terserempak di bilik guru, saya ada menyapanya dan bertanya khabar, tetapi setakat itu saja,” katanya

“Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.

“Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan, namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.

“Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat. Ditakdirkan saya jumpa rumahnya, kemudian terus datang serta berterus terang dengannya,” katanya.

kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.

“Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan, cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat,” katanya

KOMEN NETIZEN :

Emmm boleh tahan jealous juga warga fb ni. Dh jodoh rezeki dia x salah berbeza umur

Sibuk honda ikat 9 tahun la apa la. Takkan la dia sanggup kawin dgn org sebaya mak dia sbb kan nak honda je. Dia muda blh cari duit sendiri kot. Mesti la sbb dia ikhlas nak kawin dgn akk ni. Doa yg baik2 jela. Org kawin ni kena tumpang gembira. Apa la bkn kata yg bukan2

Kwn sya cikgu perempuan,kwin dgn ank murid beza umur 10thn.last cerai sbb suaminya ambil kesempatan.msuk u isteri tanggung.pastu ada plk prempuan lain.

Akibat selalu didenda..seorang murid berhasrat menikahi guru nya..untuk balas dendam…siap kau

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*