Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

PELAKON Ieda Moin selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang Rabu lalu.

Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 45, berkata, dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu selepas mendapat nasihat doktor susulan beberapa masalah kesihatan dihadapinya.

“Saya ada diabetes, darah tinggi dan baru-baru ini bacaan pankreas saya juga meningkat. Kalau tidak dirawat boleh menjadi kanser.

“Jadi doktor nasihatkan saya melakukan pembedahan itu bagi mengawal semua masalah kesihatan saya hadapi walaupun saya bukan dalam golongan obesiti.

ieda 1

Ieda kongsi suami cuci usus perut.

“Kalau kurus saya anggap bonus tapi paling penting penyakit sedia ada boleh dikawal atau pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Ieda ada berkongsi video di Instagram miliknya selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Dalam pada itu, Ieda bersyukur apabila suaminya iaitu Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman memberi keizinan dia melakukan pembedahan tersebut kerana turut bimbang tentang kesihatannya.

Apa membuatkan dia terharu apabila Amril sanggup mencuci perut yang dipotong tanpa rasa geli sebelum ia ditanam.

“Suami izinkan sebab dia tahu penyakit saya macam mana dan Alhamdulillah dapat kesan awal.

“Apa buat saya terharu, suami rela hati tolong cuci dan tanam perut yang dipotong.

Selera makan pun tak ada dan rasa cepat kenyang.

IEDA MOIN

PELAKON

“Dia cuci macam basuh uri sebab nak buang bau hanyir sebelum tanam ditempat yang selamat,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaannya ketika ini, Ieda memberitahu berat badannya telah turun sebanyak dua kilogram selepas pembedahan.

Ketika ini juga kata Ieda, dia hanya minum susu sementara menanti tempoh pemulihan yang disarankan doktor.

ieda 3

Ieda dan suami sebelum lakukan pembedahan.

“Sekarang saya pun dah balik rumah. Dua minggu pertama ini saya minum susu sahaja, dan dua minggu lagi hanya makan makanan dalam bentuk puri.

“Berat badan pun dah turun daripada 73 kilogram sebelum pembedahan kepada 71 kilogram. Tak berapa selera kalau makan dan cepat kenyang.

“Hirup sup dua sudu pun dah rasa kenyang,” kongsinya.

Sumber : mStar

  • Related Posts

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    TEKA-TEKI kononnya pelakon Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila seorang kerabat Perak tampil menjelaskan majlis pernikahan yang berlangsung bukan milik aktres berkenaan. Syed Saif Alsagoff yang merupakan…

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    TEKA-TEKI kononnya pelakon Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila seorang kerabat Perak tampil menjelaskan majlis pernikahan yang berlangsung bukan milik aktres berkenaan. Syed Saif Alsagoff yang merupakan anakanda…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

    Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

    Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’