Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta.

Kata Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, dia sedang membiasakan diri melalui fasa baharu selepas perceraian dengan dua isteri iaitu Sharifah Norshafila Hashim dan penyanyi Adira Suhaimi.

“Saya cuma nak biasakan diri, perkara ini (cerai) baru berlaku. Ini proses pembelajaran buat saya. Saya selesa tinggal dalam kereta.

datuk red 12

Adnan juga kerap mengadakan sesi siaran langsung mempromosi porduk jualan di dalam kereta.

“Banyak DM (direct messege) yang saya terima nak beri tumpang rumah dan tempat tinggal. Bukannya tidak mahu, tetapi saya enggan menyusahkan orang,” katanya.

Adnan berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video ringkas yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Dalam video berkenaan juga dia masih berada di dalam kereta dan kelihatan banyak barang-barang yang disimpan di tempat duduk belakang.

Adnan sebelum ini juga memberitahu dia sudah menyewa sebuah bilik yang juga dijadikan ruang untuk kembali memulakan pernigaan.

Bagaimanapun tempat tersebut kini dalam proses renovasi dan disebabkan itu dia terpaksa tinggal di dalam kereta.

Tambah Adnan, dia juga berharap orang ramai tidak perlu bimbang akan keadaan dirinya.

datuk red 13

Adnan reda berpisah dengan kedua-dua isteri.

“Syukur saya masih diberi kesihatan yang baik. Saya selesa begini… jangan risaukan saya,” jelasnya.

Pada Selasa lalu, Adnan menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hashim.

Sebelum itu, dia melafazkan talak terhadap isteri keduanya, Adira pada 24 April lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

  • Related Posts

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    PELAKON Ieda Moin selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang Rabu lalu. Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 45, berkata, dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’