SEMAK BANTUAN RM100: CEK KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) oleh Kerajaan Malaysia. Ia memberi bantuan tunai RM100 setiap bulan (bergantung kepada kategori penerima) yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (IC) melalui sistem Touch ‘n Go eWallet atau MyKad yang berfungsi sebagai kad TNG
Lihat Juga : STR FASA 3 ; TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN
Jenis-jenis Bayaran Bantuan Melalui IC 2025
Kerajaan melaksanakan dua (2) bentuk bayaran bagi Bantuan Dalam IC 2025 seperti berikut:
- Bayaran bulanan secara berperingkat kepada seramai 5.4 juta penerima sedia ada, khususnya dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah.
- Bayaran sekali gus (one-off) sebanyak RM100 kepada kira-kira 22 juta rakyat Malaysia dewasa, termasuk penerima sedia ada.
Jumlah Pembayaran Melalui IC 2025
Kadar Bayaran Sekaligus (one-off) :
PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN & MISKIN TEGAR) | PENERIMA SEDIA ADA (ASAS BUKAN MISKIN) | PENERIMA BAHARU (SEMUA RAKYAT) |
---|---|---|
Isi Rumah : RM100 | Isi Rumah : RM100 | Isi Rumah : RM100 |
Warga Emas : RM100 | Warga Emas : RM100 | Warga Emas : RM100 |
Bujang : RM100 | Bujang : RM100 | Bujang : RM100 |
Tarikh Pembayaran Bantuan
Pembayaran Bantuan Dalam IC dilaksanakan mengikut tarikh seperti jadual berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
BANTUAN TUNAI RM100 | 31 OGOS 2025 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 IC 2025
Untuk mengetahui status kelayakan penerima Bantuan dalam IC, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
*Untuk semakan status kelayakan penerima bayaran sekaligus (one-off) adalah bermula 21 Ogos 2025.
SEMAKAN BAKI BANTUAN RM100 IC 2025
Baki Bantuan yang ada dalam IC perlu disemak secara online melalui aplikasi Touch ‘n Go atau secara fizikal. Ikuti cara semakan baki seperti berikut :
- Cara semakan baki secara online :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara semakan baki secara fizikal :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- ATAU
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Juruwang akan berikan resit baki dalam IC.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com