TERKINI! BAYARAN FASA 3 SUDAH DIKREDITKAN.
Berdasarkan kenyataan media terkini Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula esok, 12 Ogos 2025, kepada seramai 8.6 juta penerima layak dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Bagaimana cara untuk menyemak status penerimaan bayaran STR Fasa 3? Berikut panduan dan maklumat lengkapnya.
Lihat Juga : bantuan RM100 dalam kad pengenalan
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF), bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :
- Mulai 12 Ogos 2025 (Selasa).
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Jumlah bayaran STR Fasa 3 ditentukan mengikut kategori penerima seperti berikut:
- Isi Rumah B40: RM150 hingga RM650 (bergantung kepada bilangan anak).
- Isi Rumah M40: RM150 hingga RM300 (bergantung kepada bilangan anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM150 seorang.
- Bujang: RM150 seorang.
Nota: Untuk maklumat jumlah yang tepat mengikut kelayakan anda, sila rujuk laman rasmi STR.
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Terdapat dua (2) kaedah pembayaran STR Fasa 3 yang dilaksanakan, iaitu:
- Bayaran Tunai di Kaunter BSN – Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus Gagal Kredit.
- Kredit Terus ke Akaun Bank – Dimaklumkan ke akaun penerima atau pasangan berdasarkan nombor akaun yang telah didaftarkan.
Jumlah Penerima STR Fasa 3 2025
Berikut adalah rekod jumlah penerima layak bagi setiap fasa pembayaran STR:
- Fasa 1: 8.3 juta penerima
- Fasa 2: 8.5 juta penerima
- Fasa 3: 8.6 juta penerima
- Fasa 4: Belum diumumkan
Nota: Bilangan penerima yang layak meningkat dari satu fasa ke fasa seterusnya selaras dengan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.
Semakan STR Fasa 3 2025
Berikut panduan untuk menyemak status penerimaan bayaran STR Fasa 3:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, klik [TUTUP] untuk menutup paparan pemakluman terkini.
- Pilih [Log Masuk dengan MyDigital ID] jika sudah mempunyai akaun; atau masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) di ruangan disediakan.
- Klik [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik [Semak].
- Semak kata kunci keselamatan yang dipaparkan, kemudian klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Paparan profil anda akan muncul.
- Klik [Semakan Permohonan] untuk melihat status kelayakan.
- Skrol ke bahagian bawah dan klik [Maklumat Bayaran].
- Maklumat bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my