STR FASA 3 : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 merupakan salah satu bantuan tunai langsung di bawah inisiatif kerajaan Madani untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Program ini diteruskan bagi tahun 2025 dengan penambahbaikan dari segi jumlah bantuan dan perluasan kategori penerima.
Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai STR Fasa 3 tahun 2025.
TRENDING SEKARANG………………………….. KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM FASA 2 …………………………………………
TARIKH PEMBAYARAN STR
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka dibuat pada bulan Ogos 2025, berdasarkan jadual tahunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Perdana Menteri lebih dekat dengan tempoh bayaran.
Anggaran Tarikh Bayaran :
- Tarikh Mula : 5 Ogos 2025
- Tempoh Pembayaran : secara berperingkat mengikut bank
KADAR BAYARAN STR FASA 3
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 bergantung kepada kategori penerima berdasarkan pendapatan isi rumah dan bilangan tanggungan. Berikut ialah anggaran jumlah bayaran bagi tahun 2025:
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN ISI RUMAH | BIL.ANAK TANGGUNGAN | JUMLAH STR FASA 3 |
|---|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM 2,500 ke bawah | 3 anak & ke atas | RM 800 |
| ISI RUMAH | RM 2,501-RM 5,000 | 1-2 anak | RM 600 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM 5,000 ke bawah | Tiada | RM 300 |
| BUJANG | RM 2,500 ke bawah | Tiada | RM 200 |
Nota: Jumlah ini mungkin berubah mengikut pengumuman rasmi kerajaan dalam Belanjawan atau sidang media khas.
SEMAKAN KELAYAKAN STR 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda, semakan boleh dibuat melalui portal rasmi STR:
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah Semakan :
- Layari Laman web rasmi STR
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik “Semakan Status”.
- Status kelulusan dan jumlah bayaran akan dipaparkan.
- Selesai
KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3
Antara syarat-syarat kelayakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah FASA 3 ialah :
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Berumur 21 tahun ke atas (bujang atau berkahwin).
- Warga emas tiada pasangan juga layak.
- Mempunyai rekod permohonan yang diluluskan STR 2025.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT
Sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat diri anda perlu lah membuat kemaskini maklumat yang terbaru. Diantara maklumat yang wajib dikemaskini ialah :
- Alamat tempat tinggal
- Nombor akaun bank
- Status perkahwinan
- Tanggungan anak
Penerima STR perlu kemas kini maklumat secara dalam talian di portal STR atau hadir ke cawangan LHDNM berdekatan.
CARA PEMBAYARAN
Bayaran bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah FASA 3 akan terus dikreditkan ke akaun yang berdaftar sahaja. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penerima STR boleh menuntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa mykad sahaja. Sebarang rayuan boleh dikemukakan selepas tempoh pembayaran dibuat.
PENUTUP
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 merupakan salah satu bentuk sokongan berterusan kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam menangani tekanan kos sara hidup. Penerima digalakkan membuat semakan secara berkala dan mengemas kini maklumat peribadi untuk memastikan pembayaran berjalan lancar.
Untuk maklumat terkini dan notis rasmi, sila rujuk:
- Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my