BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BERKELAYAKAN
Mengikut pengakalan data pihak kerajaan, penerima yang berkelayakan untuk bantuan eKasih pada tahun 2025 adalah seramai 700,000 lebih individu yang merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang dengan kadar tunai yang telah ditetapkan.
BACA JUGA : LESEN PERCUMA 2025 DAN INFO BANTUAN KERAJAAN
TUJUAN EKASIH 2025
Pada tahun 2025, bantuan E-Kasih masih bertujuan utama untuk mengenal pasti golongan miskin, dan berpendapatan rendah melalui pangkalan data yang terpusat. Namun, dengan kemajuan teknologi dan perubahan keperluan masyarakat, terdapat beberapa tujuan tambahan yang ingin dicapai, antaranya:
- Peningkatan Kecekapan Pengagihan Bantuan
- Peningkatan Kualiti Hidup Golongan Miskin
- Transparansi dan Ketelusan
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA EKASIH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JUMLAH BANTUAN SARA E-KASIH
Kategori Penerima eKasih :
PERKARA | HURAIAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun. |
Warga Emas | RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun. |
Bujang | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun. |
Kategori Penerima Bukan eKasih :
PERKARA | HURAIAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun. |
Warga Emas | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun. |
Bujang | Tiada. |
CARA SEMAK BANTUAN
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
TARIKH BANTUAN E-KASIH
Penyaluran Bantuan SARA kepada penerima eKasih adalah pada tarikh seperti berikut :
BULAN | TARIKH |
---|---|
JAN | 15 Januari 2025 |
FEB | Februari 2025 |
MAC | Mac 2025 |
APRIL | April 2025 |
MEI | Mei 2025 |
JUN | Jun 2025 |
JULAI | Julai 2025 |
OGOS | Ogos 2025 |
SEPT | September 2025 |
OKTB | Oktober 2025 |
NOV | November 2025 |
DIS | Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.