DIVIDEN KWSP TAHUN 2024 : SEMAKAN KADAR DIVIDEN EPF TERKINI

DIVIDEN KWSP TAHUN 2024 : SEMAKAN KADAR DIVIDEN EPF TERKINI

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan 2024, memberikan berita baik kepada semua pencarum.

BACA JUGA : INFO BANTUAN KERAJAAN 2025

PENGENALAN DIVIDEN KWSP TAHUN 2024

Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP TAHUN 2024

Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahun lepas berakhir Disember pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.

KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion dan 6.30% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.

KAEDAH SEMAKAN DIVIDEN KWSP

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.

  • Layari www.kwsp.gov.my
  • Pergi kepada ikon Login
  • Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik View Details di bahagian menu Dividend
  • Perincian Dividen tahun 2024 akan dipaparkan.

KADAR DIVIDEN TAHUN LEPAS

Berikut adalah Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:

TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)
20235.405.50
20224.755.35
20215.656.10
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90

APLIKASI i-AKAUN

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui.

  • Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
  • Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store

MAKLUMAT LANJUT

Ibu Pejabat (HQ)

Menara KWSP,
No. 1, Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam, Selangor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan pertanyaan dan semak status pertanyaan di sini: https://www.kwsp.gov.my/en/corporate/connect-with-us/enquiry

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-

Portal Rasmi : kwsp.gov.my
Facebook : KWSP Malaysia
Instagram : KWSP Malaysia
TikTok : KWSP Malaysia

Leave a Comment