BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025

BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025

Penyusunan semula kewangan kerajaan membolehkan Kerajaan menambahbaik pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan memberi manfaat kepada rakyat serta meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan.

BACA JUGA : DIVIDEN KWSP BAGI TAHUN 2024

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal Mykasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Semakan Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  10. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  11. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

JENAMA BARANG YANG BOLEH DIBELI

Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM50
sebulan
KATEGORI PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)

TEMPOH PENYALURAN BAYARAN

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Diagihkan setiap bulan
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA(BUKAN berstatus eKasih) Diagihkan setiap bulan
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 9 Bulan)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : info@mykasih.com

Leave a Comment