BAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Sumbangan yang diberikan oleh kerajaan melalui Bantuan Tunai Rahmah secara ansur berfasa dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Malaysia khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi sepanjang tahun ini.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa Ke-2? Ketahui info lebih lanjut di bawah
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI ASAS RAHMAH
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2
Terdapat dua (2) kaedah Bantuan STR Fasa 2, iaitu :
MELALUI AKAUN BANK | MELALUI TUNAI |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa ke-2 dijangka akan mula dibayar pada tarikh berikut :
FASA | TARIKH |
---|---|
FASA KEDUA | Bermula 3 April 2025 secara Berperingkat |
*Nota : Pihak kami akan kemaskini kembali jadual di atas sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah oleh Kementerian Kewangan (MOF).
KADAR BANTUAN YANG DITERIMA
Kadar amaun Bantuan Tunai Rahmah yang dibayar untuk fasa ke-2 adalah mengikut kategori seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Penerima Isi Rumah Berpasangan (ada atau tiada anak) atau Ibu / Bapa Tunggal (ada anak).
ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501-RM5,000 |
---|---|
Bergantung bilangan anak : RM150 hingga RM650 | Bergantung bilangan anak : RM100 hingga RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
- Penerima Bujang (belum berkahwin) atau Balu / Janda / Duda (tiada anak).
BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN & KE ATAS |
---|---|
RM150 | RM150 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah, anda boleh mengakses pautan Portal Rasmi di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Bantuan Tunai Rahmah 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti cara semak status kelayakan pembayaran Bantuan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my