BANTUAN ASAS SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK
Kerajaan Madani meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan yang disalurkan secara bulanan melalui MyKad penerima bagi meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan serta memastikan keperluan asas harian mereka dipenuhi.
BACA JUGA : CEK STATUS STR FASA 2 2025
SYARAT BANTUAN ASAS SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
PERKARA | HURAIAN |
---|---|
Penerima Sumbangan Tunai Bersatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih; | -Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan. -Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024. |
Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih; | -Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan. |
CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN ASAS SARA 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
PORTAL | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ |
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
KADAR BANTUAN ASAS MYSARA
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar Ekasih
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | 1.RM 2,100 2.RM100/bulan (bermula Januari – Mac) 3.RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas | 1.Tiada Pasangan RM 1,650 2.RM100/bulan (bermula Januari – Mac) 3.RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM 600 | 1.RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | 1.RM 900 2.RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas | 1.Tiada Pasangan RM 450 2.RM50/bulan (bermula April – Disember) |
CARA PENGKREDITAN BAYARAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
- Aplikasi Touch ‘N Go Ewallet:
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status dan baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Mesin Kiosk Touch ‘N Go:
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Mesin Tambah Nilai Di Stesen Minyak Atau Kedai Serbaneka:
- Kunjungi Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Juruwang akan menyemak baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : info@mykasih.com