CEK STATUS STR FASA 2 2025 : SEMAK KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK
Secara rasminya Kementerian Kewangan (MOF) telah mewar-warkan berkenaan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang bakal diasalurkan sebelum perayaan Aidilfitri iaitu bermula 24 Mac 2025, Isnin ini dan berperingkat kepada 8.5 Juta penerima yang layak.
Ikuti cara cek status penerima STR fasa 2 ?
Ikuti panduan dibawah untuk info lebih lanjut.
Baca juga : Tarikh Kemasukan STR FASA 2 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 hanya khas kepada pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Kelayakan Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CARA CEK STATUS STR FASA 2 2025
Berikut merupakan pautan laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) :
https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Layari laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) atau klik pada pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan <RM2,500) | RM150 – RM650 (tertakluk bil. anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan <RM5,000) | RM100 – RM300 (tertakluk bil. anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA PEMBAYARAN FASA 2 2025
Terdapat dua (2) kaedah bayaran STR Fasa 2, iaitu :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
Tiada maklumat akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengesahkan bahawa tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah seperti berikut :
TARIKH BAYARAN DALAM AKAUN BANK PENERIMA | TARIKH BAYARAN TUNAI DI KAUNTER BSN |
---|---|
24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my