Youtuber, pengguna tiktok tidak perlu Bayar atau mohon lesen Finas – Menteri

Youtuber, pengguna tiktok tidak perlu Bayar atau mohon lesen Finas - Menteri

MALAYSIA: Beberapa hari ini kecoh dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi berkenaan dengan pembuat video harus mendapatkan lesen FINAS sebelum membuat sebarang penggambaraan. Jadi pelbagai pandangan telah dilemparkan oleh warga maya.

Yang mana rata-rata diantara warga maya tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Jadi ramai yang mahu dapatkan penjelasan lebih jelas daripada Menteri. Berikut adalah kenyataan terkini Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata, pengguna media sosial bebas memuat naik video seperti biasa tanpa perlu mendapatkan lesen, atau berasa bimbang akan didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Beliau berkata, Kabinet turut mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial, termasuk di platform seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, merangkumi kebebasan untuk menghasilkan dan memuat naik video.

“Kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dengan mengambil kira situasi semasa.

“Seperti saya umumkan pada 20 Jun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sudah memulakan usaha meminda akta-akta di bawah pengawasan kementerian.

“Ia supaya bersesuaian dengan situasi semasa. Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Saifuddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan akta Finas untuk menyekat kebebasan individu di media sosial susulan kritikan pelbagai pihak, termasuk penggiat seni.

Menurutnya, sebahagian daripada laporan yang tular berkaitan keperluan lesen Finas untuk perfilemen sebelum ini memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa makna berbeza daripada maksud sebenar.

Menurut laman sesawang Finas, bagi mendapatkan lesen pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

Finas baru-baru ini menimbulkan pertikaian mengenai lesen penerbitan apabila ia berkata, agensi berita satelit AlJazeera tidak mempunyai lesen penerbitan dan tidak memohon lesen akreditasi untuk menerbitkan dokumentari kontroversi saluran 101 East berjudul “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang disiarkan pada 3 Julai lepas.

Beberapa Influencer dan Youtuber telah tampil menyatakan bantahan termasuk bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq.

Sementara terbaru, pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki telah memuatnaik satu posting di Instagram beliau menyatakan bantahan terhadap isu tersebut.

” Lama aku diam. Tak kacau orang. Yang betul aku sokong, yang tak (sokong), aku doakan..

” Tapi dalam waktu serba kesusahan ni kau cakap benda macam ni dan nak tindas orang muda dan orang kreatif yg tak mampu nak beriadah dan cari rezeki…

” Korang dah tak nak jadi kerajaan ke apa? Buat statement/ ruling bod#h macam ni!

” Maknanya semua handphone yang ada kamera yg di jual kalau nak beli, kena ada lesen? Macam nak beli senj4ta api? Social media semua kena ada lesen?

” Wow hebatnya plan kamu.. Jangan politikkan kerja kami Tuan. #bantahpenindasan. Kalau korang setuju share ramai ramai!” tulis Afdlin

Cakap biar pakai otak

Selain itu Afdlin Shauki turut mengingatkan pihak kerajaan agar tidak terlalu selesa selepas menjadi kerajaan dan tidak menindas golongan muda dan orang kreatif.

Luahan Afdlin itu seakan memberi peringatan kepada parti yang sedang memerintah supaya menggunakan akal fikiran sebelum membuat keputusan kerana selepas rakyat sedang memerhati.

” Cakap biar pakai otak tuan-tuan. Tak nak menang election ke lepas ni? Confident sangatkah?

” Jangan tinda orang muda dan orang kreatif”, tulis Afdlin.

Terdahulu media melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.

Katanya lagi, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada FINAS sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu filem dimulakan.

Laporan itu telah menimbulkan reaksi negatif sebilangan besar penghasil filem, serta netizen di laman sosial.

Rata-rata mereka berpandangan tujuan permohonan SPP adalah tertakluk bagi syarikat dan produksi yang memegang lesen pengeluaran Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dimana hasil karyanya hanya ditayangkan di televisyen mahupun pawagam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta itu untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial, iaitu fenomena yang tidak wujud ketika Akta tersebut digubal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*