USAHAWAN jutawan Aliff Syukri meminta mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli mi segera keluarannya supaya menabung terlebih dahulu.
Mi segera dengan nama Mie Congek yang mula berada di pasaran beberapa hari lalu itu berharga RM16.90 sebungkus.
“Jom rasa Mie Congek saya. Pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit cubalah. Yang kurang duit sila menabung dulu,” kata Aliff Syukri dalam satu hantaran di Facebooknya.
“Ingat penah susah faham. Rupeanya lupa diri, berlipat kali ganda untung dengan secuit mi macam tu jual mahal-mahak. Saya nak jual sambal mahal pun fikir. Kesian orang nak makan sambal je pun kena keluar duit macam beli lauk. Tapi harga bawang dengan cili sentiasa melambung kena la juga jual harga macam tu