Wargamaya setuju Jika Kelab Malam ditutup selama lamanya – Ini antara alasan mereka

MALAYSIA: Walaupun hanya gurauan daripada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membiarkan kelab Malam ditutup buat selama-lamanya. Ia dipersetujui oleh majoriti wargamaya.

Sebelum itu, dalam satu ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 10 asas penting dikenal pasti sebagai hala tuju Perikatan Nasional (PN) untuk tempoh akan datang termasuk meletakkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai paksi dasar dan program ekonominya.

Perdana Menteri berkata selain itu, hala tuju ini turut merangkumi perhatian ke arah memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca CoV-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Kerajaan PN juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada usaha pendigitalan Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya berucap sebelum menutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di sini hari ini.

Konvensyen anjuran Pertubuhan Intelektual Negara itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata kerajaan juga akan memberi fokus kepada jaminan makanan, usaha membanteras rasuah menerusi pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional dan reformasi dalam sektor kesihatan.

Selain itu, katanya, asas penting lain yang dikenal pasti akan diberi keutamaan termasuk bidang pendidikan, aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta perpaduan kaum dan keharmonian antara masyarakat berbilang agama.

“Saya terima jawatan Perdana Menteri dengan menggalas amanah rakyat di bahu saya. Saya bertanggungjawab kepada rakyat. Menteri-Menteri yang saya lantik juga bertanggungjawab kepada rakyat. Jika kami gagal memikul amanah kepada rakyat dengan baik, kami akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Sebab itu, kerajaan Perikatan Nasional sebaik saja dibentuk terus berfungsi sebagai kerajaan yang bekerja siang dan malam untuk membela rakyat. Kami tiada masa untuk berbulan madu sebagai kerajaan baharu,” katanya.

Bagaimanapun, perdana menteri menyerahkan kepada rakyat untuk menilai prestasi PN selama enam bulan mentadbir negara.

“Ya, saya telah melakukan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab saya kepada rakyat. Tetapi bukanlah hak saya untuk mengatakan sama ada saya telah melakukan yang terbaik. Rakyatlah yang paling berhak untuk menilai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai pandemik CoV-19, beliau berkata ekonomi negara semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas hampir semua sektor ekonomi dibuka.

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana (di tempat itu) susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya berseloroh diikuti dengan gelak tawa hadirin.

— BERNAMA

Ini antara alasan mereka

Dalam beberapa posting yang telah aku buat di media sosial majoriti warga maya memberikan komen setuju untuk menutup terus kelab malam.

Sokongan ini disebabkan banyak perkara tidak baik ada di dalam sana. Ia akan terus meroosaakkan anaak bangsa kita.

Ada yang mengatakan bahawa dia r0sak disebabkan oleh kelab malam. Selain itu ramai peemaandduu maab0k datang dari situ.

Disana juga beredarnya penjualan baraanggan terlaaarrng seperti da4d4h. Jadi memang patut untuk ditutup kata warga maya.

Ada juga yang berseloroh mengatakan sekiranya ditutup di mana tempat cucu mahathir akan lepak dan minum. #Jadi apa pandangan anda sekiranya kelaab malam ditutup ?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*