Wargamaya minta DG Tan Sri Noor Hisham letak Jawatan

MALAYSIA: Siapa sahaja yang tidak mengenali Dr. Noor Hisham bin Abdullah, beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia.

Setiap hari, wajah beliau akan terpampang di televisyen untuk hebahan kemas kini jumlah jangkitan Covid-19 dan isu-isu penting yang berkaitan.

Meskipun sumbangan beliau sangat besar kepada Malaysia, harus kita akui beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Kesannya, baru-baru ini Dr. Noor Hisham ada menerima kecaman daripada netizen.

Semuanya bermula apabila beliau memuat naik satu ciapan nasihat kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara lebih buruk akan muncul jika kita semua tidak menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan sebaik-baiknya.

Dalam satu ciapan lain pula, beliau meminta agar rakyat Malaysia patuh kepada arahan yang dihantar secara harian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, ciapan berbentuk nasihat itu menerima maklum balas negatif daripada netizen yang rata-ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat.

Ada juga yang berkongsikan keperitan mereka dalam mengharungi hari-hari dengan keadaan ekonomi yang tenat.

“Nasi sudah menjadi bubur”

Ada juga wargamaya meminta agar Dr Noor Hisham meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Kesihatan.

Apa kata anda ? Patut ke beliau meletakkan jawatan ?

Dr Noor Hisham sebelum ini telah diangkat sebagai HERO oleh rakyat Malaysia apabila beliau adalah individu penting dalam membantu negara mengekang penularan cooviid-19.

Tetapi selepas itu beliau mendapat kcmn apabila kes di Malaysia kembali meningkat mnddak dan kenyataannya telah mnyebabkan rakyat terasa.

5 Comments

  1. Hero malaysia perlu letak jawatan sebab beliau sudah penat dan terlalu kecewa dgn sikap menteri menteri yang penyebab utama wabak ini berlaku lebih teruk. Menteri menteri malaysia tidak peduli nasihat Dr Nor Hisham. Apa yang Dr Nor Hisham boleh lakukan lagi selain letak jawatan dengan cara terhormat dari terus di buli oleh menteri menteri bodoh di Malaysia terutamanya yang mahukan PRU diadakan segera.

    Sepatutnya selepas PRU sabah Malaysia sudah laksanakan PKP bukan sekarang yang dilihat sudah sukar.

    Saya Sokong Dr NorHisham dan ucapkan terima kasih diatas jasa Dr Nor Hisham. Kamu adalah dipihak yang benar.

  2. TS Dr Noor Hisham has done his best for the Malaysians. Is it hurt just to get some advise? Does the netizens who wanted him to resign think that by replacing with somebody else can really stop the pendemic? I think TS Dr would gladly hand over the heavy task and stay@home with his family. Any of you you smart netizens would like to take the tasks?

  3. Beliau pegawai kerajaan bkn ahli politik. Beliau boleh beri nasihat je, rakyat yg perlu berfikir. Nabi pun tzk boleh nak beri hidayah kpd manusia. Allah yg berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*