MKN sedang berbincang benarkan Warga China masuk ke Malaysia semula

MKN sedang berbincang benarkan Warga China masuk ke Malaysia semula

MALAYSIA: Terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengatakan perbincangan berkaitan dengan kebenaran semula untuk pekerja warga China masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa China kini masih lagi sebuah negara yang berisiko tinggi.

Jadi buat masa sekarang kerajaan masih menutup pintu sempadan negara kepada warga asing termasuk pekerja dan pelancong kecuali ekspatriat kategori EP1 iaitu pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.

“Untuk pengetahuan semua China merupakan sebuah negara yang besar, jadi buat masa kini kita berbincang dalam MKN agar kita boleh kategorikan kawasan di negara tersebut keraa mungkin ada diantara negeri dalam negara itu sudah dianggap zon hijau”

Datuk Ismail Sabri memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah melarang golongan berisiko cov-19 seperti warga emas dan kanak-kanak mengunjungi tempat awam.

Namun mereka ini tidak digalakkan untuk sentiasa berada di tempat awam kerana mereka ini adalah golongan risiko tinggi untuk dijangkiti. Kerajaan sentiasa memberi nasihat agar mereka ini terlindung dari dijangkiti cov-19.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

1 Comment

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Benarkan warga China masuk semula - Ini keputusan Pakatan Harapan Sabah - MySumber
  2. Benarkan wrga Chlna masuk semula – Ini keputusan Pkatan Harapan Sabah – Dedah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*