Wanita lahir Islam mahu diisytiharkan non-Muslim, Ini Alasannya

Malaysia: Rayuan seorang wanita dilahirkan beragama Islam mengikut sebelah bapanya, tetapi memohon diisytiharkan bukan Islam kerana mendakwa dibesarkan oleh ibunya beragama Buddha, akan didengar Mhkamah Persekutuan pada 16 Disember ini.

Rayuan Rosliza Ibrahim yang sepatutnya didengar panel sembilan Hakim Mhkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 6 Oktober lalu, ditangguhkan berikutan salah seorang peguam menjalani pemeriksaan kesihatan membabitkan Cov-19.

Peguam Azman Marsaleh mewakili Majlis Agama Islam Selangor selaku responden kedua ketika dihubungi berkata, pendengaran baharu ditetapkan hari ini melalui prosiding e-review (dalam talian) oleh Timbalan Pendaftar Mhkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali.

Katanya, pihak lain yang terbabit dalam prosiding itu ialah peguam Ashton Paiva yang mewakili Rosliza (perayu); Penolong Penasihat Undang-Undang Selangor Siti Fatimah Talib mewakili negeri Selangor (responden pertama) dan Peguam Kanan Persekutuan M Kogilambigai mewakili Kerajaan Malaysia sebagai amicus curiae (sahabat mhkamah).

Rosliza , 38, merayu keputusan Mhkamah Rayuan yang menolak saman pemulanya bagi mendapatkan satu perisytiharan bahawa beliau seorang penganut agama Buddha dan bukan Islam.

Pada 20 Januari lalu, Mhkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mhkamah.

Beliau memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu perisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam, dan mendiiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Rosliza mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam, sehubungan itu Mhkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Menurut perayu, beliau dibesarkan sebagai seorang penganut agama Buddha oleh mendiiang ibunya.

Rosliza mendakwa bahawa beliau menghubungi pihak berkuasa agama di 10 negeri lain dan berjaya mendapatkan pengesahan bahawa mereka tidak memiliki sebarang rekod ibunya memeluk agama Islam atau rekod berhubung pernikahan antara ibu bapanya.

Pada 22 Jun 2017, Mhkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula Rosliza atas alasan bukti yang dikemukakan hanya menunjukkan tiada pendaftaran perkahwinan.

Mhkamah memutuskan bahawa perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan berkenaan tidak berlaku dan bukti yang dikemukakan gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau bukan seorang Islam.

Ia turut memutuskan bahawa kes berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mhkamah Syariah dan bukan Mhkamah Tinggi Siivil.

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’