
Wan Kuzri yang merupakan adik kepada pemain bintang Wan Kuzain Wan Kamal dikatakan bakal menyertai skuad Malaysia bawah 19 tahun. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pengurus skuad bawah 19 tahun Datuk Kamarul Ariffin.
Datuk Kamarul Ariffin mengatakan perkara tersebut kepada wartawan Bernama. Beliau berkata bahawa pemain muda itu akan menyertai pasukan bagi menghadapi Kejohanan AFC bawah 19 tahun di Uzbekistan pada bulan 10 nanti.
Untuk pengetahuan anda semua, Wan Kuzri Wan Kamal kini bermain untuk pasukan ST Louis FC yang bersaing dalam USL Championship di Amerika Syarikat. Datuk Kamarul menambah lagi, segala proses dokumentasi pemain itu tidak susah dan menjadi masalah.
Selain itu, ada beberapa lagi pemain lain yang sedang dipantau oleh pihak pengurusan bagi diserap ke dalam skuad B-18. Namun Wan Kuzain adalah keutamaan dalam perancangan skuad ini.
“Pemain ini sepatutnya akan bersama kita dalam sesi latihan di Jepun pada bulan Mac lepas tetapi ia terpaksa dilupakan selepas pandamik CoV-19. Pemain ini juga dikatakan sangat berminat untuk bersama kita.”
“Dari segi proses dokumentasi, kami merasakan pemain ini tidak mempunyai masalah untuk dibawa masuk ke dalam skuad bawah 19 kerana kedua-dua ibu bapanya adalah warganegara Malaysia dan pemain ini pula berusia bawah 21 tahun”
Mengulas mengenai target untuk pasukan bawah 19 tahun, Datuk Kamarul mengatakan bahawa mereka kini komited untuk layak ke Piala Dunia Bawah 20 tahun pada tahun 2021 nanti.
Dua pemain muda dari Sabah dan Melaka juga antara pemain yang berpotensi tinggi untuk diserapkan bersama skuadi ni. Jadi ini bukanlah satu misi mustahil untuk kita layak.
Kita juga pernah menang dengan kuasa besar Asia seperti UAE dan Australi jadi sudah tiada jurang untuk kita layak lebih jauh.
Leave a Reply