(Video) Wanita ‘Gɪlᴀ’ Mengaji al-Quran dengan Suara Merdu

Indonesia: JAKARTA – Penampilan wanita ini kusut masai dan tidak terurus sehingga masyarakat sekeliling menganggapnya kurang siuman, namun sebenarnya dia memiliki anugerah istimewa.

Wanita berusia awal 50-an itu memiliki suara merdu persis qariah ketika membaca ayat suci al-Quran sehingga membuatkan orang ramai tergamam.

Kisahnya mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman video durasi 5 minit 32 saat itu dimuat naik di Facebook milik Rahcman Payuyu.

Tulis Rahcman, “Subhanallah!!, Orang tidak waras tapi suara merdu sekali. Semoga ALLAH SWT memberi kesihatan kepadanya, amin.”

Sehingga kini, video itu meraih lebih 2 juta tontonan, 32,000 tanda suka dan lebih 52,000 perkongsian.

Pada awal video, ada suara individu yang meminta wanita itu membaca surat al-Baqarah.

“Ayo mulai bismillah, wa minannas, ayo,” kata seorang penduduk.

Pada awalnya, wanita tersebut menolak dan sekadar senyum sahaja namun beberapa minit kemudian wanita itu melantunkan juzuk kedua dalam al-Quran.

Meskipun bacaannya bercampur tetapi mendengar lantunan ayat al-Quran daripada mulut wanita itu membuatkan penduduk mengungkap ‘ALLAH’ saat wanita itu membaca ayat demi ayat.

Sejurus selesai melantunkan ayat dalam surah al-Baqarah, penduduk terus menepuk tangan dan mengucapkan ‘Subhanallah’.

Netizen juga tersentuh hati apabila mendengar alunan suara wanita itu hingga mendoakan kesejahteraannya.

Jeng Pur berkata, “Subhanallah, merdunya suara, ya ALLAH berilah kesembuhan buat ibu ini”

Turut memberi komen, Angelina Putri, “Masya ALLAH, saya sampai menitis air mata, semoga segera diberikan kesihatan yang baik”

Manakala Neneng’s Dimo berkata, wanita itu ibarat bidadari syurga, “Meskipun di dunia orang memandang hina tetapi di akhirat dia istimewa di mata ALLAH SWT

Sumber: SH

Semoga kita semua diberikan kemudahan dan kejayaan untuk ke SYurga Allah taala, semoga hati kita juga berpaut dengan kuat kepada al-Quran. Amin Ya Rob

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’