MALAYSIA: SEREMBAN – Seorang lelaki mengalami retak pada kepala selepas terlibat dalam perga duhan di antara dua kumpulan lelaki dalam kejadian di Uptown Avenue Seremban 2 di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, video perga duhan berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul seorang individu tidak dikenali itu turut tular di media sosial.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Uptown Avenue Seremban 2 dan video itu menunjukkan perga duhan di antara dua kumpulan lelaki tempatan.
“Kejadian disyaki berlaku kira-kira pu kul 1 pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan Mambau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd. Said, daripada maklumat hasil risikan yang diperoleh, mngsa merupakan dua orang lelaki tempatan.
“Salah seorang mengalami retak pada kepala manakala seorang lagi hanya cedera ringan.
“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis di terima dari kedua-dua belah pihak (mngsa),” katanya.
Jelas Mohd. Said, bagaimanapun Bilik Gerak Ibu Pejabat Daerah Seremban telah menerima satu laporan polis berhubung video perga duhan yang tular itu pada pu kul 9.45 pagi hari ini.
Beliau berkata, setakat ini kes disiasat mengikut Sksyen 148 Kanun Kesksaan kerana meru suh.-K!ONLINE