
MALAYSIA: Menjadi public figure seharusnya memberi contoh dan teladan yang baik untuk masyarakat. Namun begitu, tidak semua tindakan mereka harus dibenarkan dan sekadar menutup mata atas segala tingkah laku yang kurang cocok untuk dilakukan.
Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Kai Auburn telah membongkar sifat yang dilihat jelek dari seorang founder perniagaan apabila mempamerkan kemesraan dengan kanak-kanak lelaki dengan mencium mulut mereka.
Dia telah menyertakan beberapa tangkapan skrin berkenaan individu tersebut yang dilihat membudayakan sesuatu yang bersifat gangguan seksual terhadap kanak-kanak lelaki.
Walaupun menerusi beberapa perkongsiannya di akaun Tiktok menjelaskan kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak angkat yang dijaga oleh keluarga sejak kecil lagi, namun tindakan mencium mulut sebegitu adalah sangat tidak patut.
Founder perniagaan itu juga banyak memuat naik video beradegan sebegitu sehingga menjadi perbualan di media sosial terutamanya di Twitter.
Sehubungan dengan itu, penceramah yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah melahirkan rasa terkejutnya melihat kanak-kanak dan remaja dipegang sembarangan lebih-lebih lagi mencium orang dewasa sebegitu rupa.
Menurutnya lagi, menerusi video yang tular tersebut, boleh jadi kanak-kanak dan remaja itu telah diganggu secara seksual.
Sudah pasti, video-video ‘aneh’ itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata meminta agar pihak tertentu mengambil tindakan diatas perilaku tersebut sebelum ia menular menjadi lebih teruk.
Mereka juga berasa tidak masuk akal apabila founder itu yang menjelaskan bahawa bercium sebegitu rupa adalah cara mereka sekeluarga meluahkan rasa kasih sayang sedangkan ia sebenarnya agak keterlaluan.
Melihat kepada apa yang dikatakan wargamaya ini merupakan perkara luar kebiasaan masyarakat. Mereka berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya.
Ya Tuhan, ni apa benda ni?
Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni. https://t.co/rmMmrKw5qD
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Kami juga berharap ada pihak menjelaskan perkara ini berdasarkan kepada hukum hakam agama dan juga dari sudut undang-undang negara.
Sumber:Facebook/Twitter/RentasMalaysia
Leave a Reply