
MALAYSIA: Sebelum ini kami ada menulis dan berkongsikan juga cerita mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini terlntar di rumahnya.
Datuk M Daud Kilau meminta agar orang ramai dapat membantunya dan mendoakannya. Ini disebabkan faktor kes1hatannya yang semakin mer0s0t.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluangkan masa melawat penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau di rumahnya di Bagan Datuk, Perak hari ini.
Dalam perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit memberitahu penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek Malaysia itu kelihatan ceria dan bersemangat melayan tetamu yang hadir.
“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau vzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi.
Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” tulisnya.
Sebelum pulang Ustaz Ebit sempat menghulurkan sedikit hadiah buat penyanyi itu selain mendoakan kesejahteraan buatnya.
“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. A
palah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah,” ujarnya.
Berita mengenai keuzuran M Daud Kilau, 82, yang menderita beberapa penyakit kronik tular di media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Sirih Pinang itu mempunyai kncing man1is, jntung dan kini, kvrang pendengaran. Beliau juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sak1it pinggang.
Leave a Reply