Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz – “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”

Pernah bekerjasama menerusi drama ‘Dia Dari Syurga’ yang ditayangkan pada Mac lalu, pelakon Ummi Nazeera berkata dia dan aktor gandingannya, Aliff Aziz tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran.

Minta Pertolongan Dari Segi Lakonan

Menurut Ummi, Aliff juga sentiasa menjaga had antara mereka dan hanya meminta pertolongan dari segi lakonan ketika mereka bekerjasama dalam drama tersebut.
“Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had.

“Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” kata Ummi kepada Gempak ketika ditemui di Rumah Terbuka FiziWoo pada Isnin.

Tolak Tawaran Berlakon Bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Tiada masalah dengan Aliff, Ummi berkata dia menolak tawaran bekerja lagi dengan penyanyi kelahiran Singapura itu demi menjaga perasaan orang sekeliling.
“Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya.
“Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga.

“Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa,” katanya.

Doa Untuk Aliff

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Common Folks (@thecommonfolkssg)

Dalam masa sama, Ummi hanya mendoakan terbaik buat Aliff selepas terjebak dengan kontroversi hangat yang melibatkan ramai pihak.
“Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya.
“Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib.
“Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang,” jelasnya.
Sumber:Gempak
  • Related Posts

    Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘G4duh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’

    Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee mendakwa suaminya iaitu Muhammad Hafiz menggunakan platform Instagram (IG) untuk mengikuti akaun dan melihat foto serta video wanita seksi. Suka tengok perempuan seksi? Menerusi hantaran…

    Ruhainies Syukur Banyak Terima Tawaran Dari Negara Seberang

    Meskipun terpalit dengan kontroversi panas, Ruhainies berkata tawaran  tiada mana-mana tawaran kerja dibatalkan sebaliknya hanya ditangguhkan sementara waktu. Memetik Kosmo, Ruhainies berkata drama lakonannya bersama aktor sensasi, Aliff Aziz juga tidak terjejas dan telah pun…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

    Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

    Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’