
MALAYSIA: Setiap anak-anak yang sudah berkerjaya sudah tentu mahu membahagiakan hati keluarga terutamanya ibu bapa. Walaupun tidaklah dengan kemewahan, namun perkara tersebut sudah tentu amat menggembirakan insan yang telah membesarkan kita.
Oleh itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai MohdAsriDugun telah memuat naik gambar rumah keluarganya sebelum dan selepas diubah suai.
Ubah suai rumah demi keluarga
Menurut pemuda tersebut, impiannya selama ini tercapai apabila berjaya mengubahsuai rumah keluarga demi keselesaan ibunya. Dia langsung tidak kisah mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM25,000 untuk keluarga
Menurut Asri lagi, dia memaklumkan bahawa apa yang dilakukan itu adalah pencapaian terbaiknya pada tahun ini. dia juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wuduk di dalam biliknya sendiri.
Diakhir perkongsian tersebut, pemuda itu juga telah menitipkan doa agar tahun ini dia dapat membeli sebuah kereta untuk kegunaan diri sendiri pula selepas salah satu tanggungjawab telah dilaksanakan.
Hebat! Dahulukan ibu bapa dari kepentingan sendiri
Sehubungan dengan perkongisian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda tersebut, rata-rata warganet telah men1ngglkan k0men yang positif kepadanya di Twitter tersebut.
Mereka telah mengucapkan tahniah diatas kejayaan membahagiakan ibu tersayang dan turut mendoakan kehidupan pemuda itu dipermudahkan kerana mendahulukan keluarga dalam segala haI.
Ramai juga mendoakan pemuda ini dipermudahkan segala urusannya dan mampu untuk membeli sebuah kereta pada suatu hari nanti.
Pemuda ini dikatakan telah memberi inspirasi kepada wargamaya. Apa yang dibuatnya sangat memberi inspirasi agar sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa.
Leave a Reply