Rasmi: Tun Mahathir tubuh parti baharu, nama PBRM

MALAYSIA: Sebelum ini, bekas presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed telah menubuhkan parti Bersatu Pribumi Malaysia bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun disebabkan golakan politik yang berlaku beliau bersama 5 pemimpin tertinggi BERSATU telah keluar dari Bersatu.

Tun dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini.

Menurut sumber, satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti.

Bagaimanapun, perkara itu masih bergantung kepada keputusan kes saman dikemukakan Dr Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Dr Mahathir dan enam yang lain mengemukakan saman ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga pemimpin Bersatu lain dan Pertubuhan Pendaftar (ROS) bagi mencabar keputusan pemecatan mereka dari jawatan masing-masing dalam Bersatu.

Lima yang lain adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jawatan terakhir selaku Timbalan Presiden Bersatu; Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Dalam saman itu, plaintif memohon pengisytiharan, antaranya mereka adalah adalah ahli Bersatu sah, masih lagi memegang jawatan parti dan layak bertanding pemilihan parti.

Mereka memohon pengisytiharan supaya semua surat pemecatan ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Bagaimanapun, peguam, Hanif Khatri menegaskan Syed Saddiq kemudiannya menarik balik tuntutan saman dikemukakan, bagaimanapun tuntutan lain akan diteruskan.

Pemecatan dibuat ke atas kem Dr Mahathir yang kini dipanggil Bersatu Blackout itu atas alasan berada dalam kedudukan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat yang diadakan 18 Mei lalu.

Susulan kes saman itu, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Eksekutif Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya dan ROS selaku defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 17 Jun lalu.

Permohonan itu difailkan peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan atas alasan saman tersebut satu tindakan yang remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah, selain Dr Mahathir dan lima plaintif lagi tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman sivil.

Sebelum ini, Dr Mahathir berulang kali memberi gambaran akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya sewaktu berucap dalam beberapa program jelajah Bersatu Blackout di seluruh negara.

-Sinar Harian

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

One thought on “Rasmi: Tun Mahathir tubuh parti baharu, nama PBRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’