MALAYSIA: Nampaknya sikap hormat terhadap negarawan negara Tun Mahathir semakin pudar dalam kalangan ahli parlimen. Ini dapat dilihat apabila sidang dewan rakyat berlangsung. Tun Mahathir tidak dihormati oleh ahli parlimen. Berikut kami kongsikan mengenai perkara ini.
Kemanakah adab sesetengah ahli Parlimen kita? Awang keesal sangat cara gaangguan apabila Tun Mahathir mantan Perdana Menteri berucap di Parlimen baru-baru ini. Banyaklah ahli Parlimen daripada pihak kerajaan yang cuba mencelah.
Bukan mencelah untuk berhujah tapi dengan niat menghina. Terkeluarlah beberapa perkataan yang tak sepatutnya dilontarkan pada Tun mantan Perdana Menteri.Kalau sesetengah ahli Parlimen ini nak rosakkan nama baik Dewan Rakyat, buatlah.
Kalau nak jadikan Dewan yang mulia itu macam sarkas, rakyat tak boleh larang.
Yang berucap itu bukan sebarang orang, beliau mantan Perdana Menteri dua kali. Beliau Presiden UMNO selama 22 tahun. Beliau adalah arkitek kemajuan industri dan teknologi kita. Beliau banyak mengubah minda rakyat kita.
Kalau benci macam mana pun pada beliau tak usahlah diungkit-ungkit hal yang tak relevan dengan perbahasan. Awang lebih kecewa oleh sebab yang bising itu dulu bersama-sama dengan beliau dalam parti dan kerajaan.
Orang yang sama yang julang dia dan biarkan apa pun kesalahan yang beliau buat masa itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang jadi kaya raya oleh sebab pertolongannya.
Memang betullah kata Tun mantan Perdana Menteri, orang Melayu mudah lupa.
Bagi Awang, kalau buat-buat lupa tak apa, tapi hormatilah tokoh politik veteran. Orang yang banyak berjasa. Malulah sikit kat anak cucu yang boleh tengok perbahasan itu melalui media sosial.
Manakala di Media Sosial turut kita lihat bahawa rakyat juga sudah mula muak dengan Tun Mahathir dan mereka merasakan bahawa TUn tidak layak diangkat sebagai negarawan kerana selalu membuat negara kacau dengan politiknya.
Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24
Apa pun Tun M tetap hebat, sekiranya para ulamak mengikut dasar2nya dan memanfaat segala prasarana yg dia buat, maka pada hari ini Msia sudah dpt capai hasrat negara maju Wawasan 2020. Org2 Melayu Msia tidak lagi papa kedana, tidak lagi mgharapkan rasuah dan penyalah-gunaan kuasa.