
MALAYSIA: Bekas peguam negara mendedahkan satu perkara yang mana pada ketika dia menjadi peguam negara Datuk Seri Gopal Sri Ram pernah datang kepadanya untuk memujuknya menangkap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan perkara tersebut dalam laman facebooknya pada hari semalam, Beliau mendakwa bahawa Sri Ram yang merupakan bekas hakim mahkamah persekutuan itu telah berkunjung ke rumahnya pada Januari 2018 dikatakan atas arahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tulis Mohamed Apandi, Sri Ram telah ditemani oleh seorang peguam muda berketurunan Cina, telah datang ke rumahnya dengan alasan bagi mendapatkan pertolongannya mengenai perkara tertentu.
Tapi secara tiba-tiba dia mengatakan bahawa itu hanyalah alasan bagi bertemu Apandi, dan dia kemudiam memberi tahu mempunyai agenda yang lebih besar.
Menurut Sri Ram: Tun Mahathir telah menghantarnya kepada Apandi. Peguam negara itu diminta untuk menangkap Najib Razak di pejabatnya.
“Tun Mahathir mahu anda menangkap Najib di pejabatnya, anda pergi esok dalam jam 2 petang, kami telah mengatur agar polis di Putrajaya melakukan apa yang perlu atas arahan anda” – Sri Ram
“Kami juga telah mengatur agar mahkamat majistret mengeluarkan perintah reman ketika Najib dibawa ke hadapannya.
Selain itu, Apandi turut mengatakan bahawa Sri Ram memberitahunya bahawa beliau akan menjadi wira di mata rakyat dan juga menjadi peguam pertama menangkap seorang yang sedang menjadi perdana menteri di Malaysia.
Apabila ditanya oleh Apandi, sebab apa untuk menangkap Najib. Sri Ram memberi alasan, rakyat di luar sana sudah rasa kecewa dan tidak gembira, hakikat bahawa anda menangkapnya tidak kira apa sebabnya, akan membuatkan rakyat berbahagia.
Bagi menjelaskan bahawa itu bukanlah tuduhkan palsu, Apandi mengatakan bahawa beliau mempunyai bukti berupa rakaman CCTVdan saksi mata mengenai kunjungan pada 2018 tersebut.
Pertemuan itu didakwa berlaku 4 bulan sebelum Barisan Nasional kalah dalam Pilihanraya Umum ke-14 dan PH menjadi kerajaan baru pada ketika itu.
Leave a Reply