Connect with us

Malaysia

Tolak tawaran kerja luar demi jaga Nenek, Rezki tidak pernah putus

Published

on

Tolak tawaran kerja luar demi jaga Nenek, Rezki tidak pernah putus

MALAYSIA: Beberapa hari lepas tulaar di media sosial apabila seorang pemuda mendukung neneknya bagi mendapatkan raawaatan di klinik.

“TERIMA kasih mendoakan nenek saya, berkat doa anda semua Alhamdulillah, nenek dalam keadaan baik. Semoga Allah sahaja dapat balas jasa budi baik tuan, puan semua,” demikian luahan Abdul Rahman Hashim di ruangan komen Facebook (FB).

Abdul Rahman, 29, berkata demikian pada hantaran FB dimuat naik pemilik akaun Dakwah Tabligh mengenai kisahnya mendukung neneknya ke klinik sehingga tular dan dikongsi 6,000 pengikut dan 18,000 tanda suka.

Menceritakan kisah sebenar kepada Harian Metro, Penyelia Ladang PKPP Sri Kempas, Abdul Rahman berkata, gambar dia mendukung neneknya, Zaiton Osman, 94, itu diambil ketika ke klinik di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk pemeriksaan tuulaang pada 2014.

“Pada waktu itu, tulang belakang Tok paaataah disebabkan menantunya tersalah mengangkat beliau.

“Saya baru saja tahu kelmarin yang foto itu dimuat naik di FB sehingga tular,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Rahman berkata, sebahagian maklumat hantaran di FB itu kurang tepat.

“Memang betul, saya dan kakak tiri, Mariam Zakaria, 33, menjaganya sehingga sekarang. Tok masih si1hat dan boleh mandi serta buuaang air besar dan kecil sendiri.

“Hanya ketika demam atau kurang sihat saja kami menguruskan dia sepenuhnya. Manakala, makan dan minum memang kami siapkan memandangkan dia sudah tidak dapat berjalan sejak 11 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui tidak pernah terbeebaan menjaga Zaiton yang diakuinya sudah berumur lebih 100 tahun.

“Tok menjaga saya dan kakak sejak kecil lagi dan sehingga kini kami tidak pernah berenggang.

“Tawaran kerja luar negeri saya terpaksa tolak kerana lebih mementingkan tanggungjawab menjaganya di sini,” katanya yang menetap di Kampung Serun, Pekan, Pahang.

Abdul Rahman berkata, rezekinya tidak pernah putus berkat doa neneknya.

“Selepas beritahu saya menjaga nenek kepada pihak syarikat, mereka percaya dan berikan saya kerja berdekatan dengan rumah.

“Sangat mudah menjaganya, malah berkat doa dan menjaganya dengan baik rezeki kami sekeluarga tidak pernah putus,” katanya.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata, dia menafikan tuduhan pada hantaran itu yang mengatakan keluarganya miskin.

“Saya tak cakap kaya, tapi syukur kami masih mampu walaupun ada kalanya kehidupan agak sukar.

“Selepas gambar itu tular, ramai mesej saya di FB ingin membuat suumbaangan, namun saya tolak kerana ramai lagi di luar sana yang perlukan bantuan.

“Malah, bukan saya yang memuat naik gambar itu dan berharap warganet tidak salah faham terhadap keluarga kami,” katanya.

Abdul Rahman berkata, neneknya mempunyai tujuh anak, 20 cucu dan 60 cicit.

Katanya, pada Hari Raya dan bulan puasa paling meriah di rumah sehingga ada ahli keluarga lain terpaksa memasang khemah untuk tidur di perkarangan rumah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular