Nenek tua tinggal di ‘pondok usang’, Ebit Lew bina rumah baru buatnya

Nenek tua tinggal di ‘pondok usang’, Ebit Lew bina rumah baru buatnya

MALAYSIA: Beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai seorang warga emas Rabiah Jusoh yang mendiami sebuah pondok usang yang menyerupai kandang kambing.

Dia yang tinggal di Tumpat, Kelantan sudah 12 tahun menghuni pondok tersebut seorang diri selepas kematian suami. Lebih menyedihkan, pondok itu tidak mempunyai tandas dan perlu ke sungai berhampiran untuk membersihkan diri.

Ziarah nenek di bangsal uzur

Terpanggil dengan kesusuhan dihadapi oleh nenek berusia 70 tahun itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turun padang melihat sendiri kehidupan warga emas berkenaan di pondok yang kian reput tersebut.

sampai di tumpat

Terus buatkan rumah

Tidak hanya tampil bertanya khabar, Ustaz Ebit telah mengambil inisiatif dengan membina pondok baharu buat nenek berkenaan agar lebih selamat dan selesa tinggal di situ.

Sampai di Tumpat:

Sayu hati sampai Tumpat, dah lewat ziarah nenek 12 tahun tinggal di pondok atau bangsal kecil ini. Atap bocor dan lantai macam nak roboh. Tiada tandas. Disitulah tempat tidur, masak, dan kopek bilis.

Kecil sangat.sedih tengok. Macam manalah yer hidup begitu 12 tahun. Tapi wajah makcik ni senyum jer walau tengah bercakap beliau tiba sebak.

Makcik ni rajin cari rezeki dengan kopek ikan bilis. Tadi sampai hujan. Air masuk rumah. Beliau bukan warganegara. Anaknya pun rumah pun lebih kurang juga susah. Tadi ada cucunya datang semua kenal saya. Sekolah disini semuanya.

Makcik ni sebak saya datang dari jauh nak membantunya. Tanah ni beliau beli secara ansuran. Dah ada beberapa orang jiran dan ngo cuba membantu nak bina rumahnya. Ramai yang cuba membantu.

Tadi saya pangil tukang dan beberapa yang nak membantu bincang keperluan dan bagaimana nak siapkan rumah makcik ni dengan lebih sempurna. Doakan yer insyaAllah saya nak cari barang-barang untuk bina rumah makcik ini. Dia sayang tanah itu. Dah lama tinggal situ. Doakan yer-ebitlew

Dapat dilihat pendakwah tersebut turut sama membantu proses pembinaan rumah buat Rabiah yang mungkin siap dalam jangka waktu 10 hari.

Menerusi posting dikongsi di laman Facebook, dapat dilihat Rabiah menangis terharu menerima bantuan daripada Ustaz Ebit kerana tidak menyangka akan dikunjungi oleh pendakwah disegani tersebut.

Untuk makluman, nenek Rabiah ini tular sebelum ini kerana tinggal di pondok uzur itu kerana enggan menyusahkan anak-anaknya yang lain kerana mereka juga tidak begitu mampu.

Untuk menyara hidup, dia telah mengambil upah mengopek ikan bilis dengan jumlah pendapatan RM10 untuk 10 kilogram ikan bilis.

Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun. Makcik ini menangis. Katanya setiap hari 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer.

Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama orang tempatan Dila dan rakan yang lain dapat membantu makcik ini. Ya Allah tuhanku. Sedih rasanya.

Syukur dapat bayarkan tukang dan siapkan barang buat rumah. Kerja dah dimulakan. InsyaAllah 10 hari ini boleh siap semuanya. Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi-ebitlew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*