Tidak patuh PKPB, Young Syefura bakal letak Jawatan ADUN ?

MALAYSIA: AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman akan membuat satu pengumuman selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berlangsung.

ADUN DAP yang kini menjadi perhatian kerana melnggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini bagaimanapun tidak menyatakan isu yang akan ditimbulkan dalam pengumuman tersebut.

“Saya akan membuat satu pengumuman selepas sidang dewan DUN Pahang yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16hb November ini. Terima kasih,” ciap Young Syefura yang dikenali sebagai Rara dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Ciapan tersebut disusuli satu lagi ciapan,”You asked for it, you got it”.

letak jawatan young syefura

Hantaran tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut ADUN tersebut. Ada yang membuat kesimpulan kononnya Young Syefura akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. SM

ADUN Ketari didesak letak jawatan

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman didesak meletakkan jawatan kerana melnggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Unit Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yuslaini Azmi berkata, langkah tersebut perlu diambil wakil rakyat DAP itu kerana gagal menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

“Sebelum ini, Young Syefura bersama barisan pimpinan pembangkang begitu keras mengkritik Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali jadi saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman setimpal tanpa ada isu ‘double standard’.

“Jika dia ingin menunjukkan contoh politik anak muda yang baik, sila letak jawatan dan bertanding sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Young Syefura dituduh melnggar SOP apabila memuat naik gambar berkelah bersama empat rakannya di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

Bagaimanapun, wakil rakyat yang dikenali sebagai Rara itu menjelaskan dia sebenarnya bermastautin di Selangor, walaupun menjadi ADUN di Pahang sekali gus memohon maaf atas perbuatan tersebut.

Menurut Yuslaini, tindakan melepaskan jawatan itu bakal memberi contoh kepada ahli politik lain untuk mengambil tindakan sama jika terbukti gagal melaksanakan tanggunggjawab diberikan.

“Kita berani mengkritik pihak lawan menggesa mereka melepaskan jawatan jika melakukan kesilapan tetapi tidak pula melakukan perkara sama apabila terkena batang hidung sendiri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Adun Dap Ketari Rara lnggar SOP PKPB

Adun Ketari, Young Syefura Othman memohon maaf setelah netizen menuduhnya melnggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang kini berkuat kuasa di Selangor.

Jelasnya, walaupun dirinya Adun di Pahang tetapi dia bermastautin di Selangor.

Ini berlaku setelah dia menyiarkan foto di Instagram memaparkan dirinya dan empat yang lain kelihatan berkelah di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melnggar sebarang SOP Cooviid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorg wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melnggar sebarang SOP Cooviid-19,” katanya di Twitter hari ini.

Difahamkan gambar itu diambil semalam tetapi dimuat naik di Instagram pada hari ini. Bagaimanapun, hantaran gambar berkenaan telah dipadam.

Di bawah PKPB di Selangor, perjalanan antara negeri dan antara daerah dilarang kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.

berkelah young syefura

Berkelah juga dilarang secara tegas berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional, bersama dengan aktiviti pelancongan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

MKN telah mengeluarkan satu set peraturan baru semalam yang berkuat kuasa mulai hari ini ketika lebih banyak negeri berada di bawah sekatan PKPB, tetapi peraturan yang disebutkan di atas masih berlaku.

Pemakaian penutup muka di tempat tumpuan ramai juga wajib dilakukan sejak 1 Ogos, tetapi penguatkuasaan menjadi rumit mengenai definisi yang tidak jelas mengenai bila penutup muka mesti dipakai dan bila pula pengecualian dapat dibuat.

Sementara itu, sebilangan netizen mendesak Young Syefura yang turut dikenali sebagai Rara itu untuk meletak jawatan walaupun wakil rakyat DAP tersebut telah meminta maaf. Mk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*