Kita tidak boleh Berpisah, Muafakat kita akan menang Mudah PRU15 – Hadi Awang

MALAYSIA: Semua sedia maklum bahawa UMNO telah menetapkan pendirian mereka untuk tidak kekal bersama Perikatan Nasional. Mereka hanya menyokong kerajaan sedia ada dan terus menegaskan pendirian mereka untuk hanya kekal bersama PAS di dalam Muafakat Nasional.

Disebabkan itu pemimpin UMNO dilihat ingin menarik YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan partinya untuk masuk ke dalam Muafakat Nasional. Ada juga pemimpin UMNO dilihat mahu memujuuk Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke dalam UMNO.

Namun begitu, Presiden Pas mengatakan bahawa PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang beekata demikian dalam status Facabook miliknya hari ini.

Menurut Hadi, setelah ketiga-tiga parti itu berjaya membentuk satu penyatuan, ianya tidak mungkin boleh dipisahkan.

“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti.

“Kita tak boleh berpisah dengan Umno, tak boleh berpisah dengan Bersatu,” katanya.

Umno dan PAS kini berada dalam satu gabungan Muafakat Nasional yang kemudiannya disusuli dengan penyertaan Bersatu melalui kenyataan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah  Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Muafakat Nasional (MN) boleh menang dengan majoriti mudah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan syarat ianya pertandingan satu lawan satu dengan pembangkang, lapor Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai peluang itu, Hadi menjelaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu memenangi PRU15 sekiranya menyertai MN.

Hadi berkata selagi ia dipersetujui semua parti dalam MN, pertandingan dua penjuru akan membolehkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dicapai, malah tidak mustahil juga majoriti dua pertiga 148 kerusi.

“Sekiranya gabungan ini bertanding dua penjuru, besar lagi lah kita punya kemenangan. Apa yang penting ialah dua penjuru. Ini mesti kita tegaskan,” kata beliau menerusi satu wawancara bersama akhbar berkenaan.

Hadi berkata, semua parti dalam MN perlu ikhlas dan tidak melakukan pengkhianatan dengan sabotaj sesama sendiri.

Sama ada PAS atau UMNO yang mendapat kerusi lebih besar, “masing-masing jangan khianat,” tambahnya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata sekiranya sesebuah parti itu menang lebih banyak kerusi, parti yang mempunyai lebih banyak kerusi juga tidak boleh tinggalkan gabungan itu.

“Yang penting, kita setia kepada perjanjian, iaitu piagam MN,” katanya.

Hadi turut menegaskan rundingan kerusi perlu diserahkan kepada pimpinan PAS dan UMNO tanpa campur tangan akar umbi, yang mempunyai pandangan mereka sendiri berhubung perkara itu.

MN secara rasminya ditubuhkan September tahun lalu, selepas UMNO dan PAS mengadakan muafakat selepas PRU14.

Baru-baru ini dilaporkan Bersatu berminat untuk menyertai MN selepas usaha untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi masih tidak menjadi kenyataan.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’