“Apa yang kami rasa dahulu, masa ayah tinggalkan kami itu lah yang dia rasa dan hadap sekarang”
Begitulah luahan seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Hidayah yang berusia 26 tahun yang merupakan anak kepada penyanyi To’Ki yang tular semalam kerana kehidupan ayahnya yang tinggal di sebuah pondok dalam keadaan daif bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof 48 tahum.
“Ramai yang mempersoalkan kemana pergi anak-anak To’Ki”
Disebabkan persoalan warganet itu, anak kandung To’ki dikatakan telah tampil memberi pendedahan tentang ayahnya di medsos.
“Ketika zaman kegemilangannya, dia ada semua harta, aku, abang dan adik-adik dengan ibu kena tinggal (ditinggalkan oleh To’Ki) tanpa ada apa-apa.”
Ketika itu, dia (To’KI) hidup bahagia dengan isteri barunya (iaitu Sharifah Fairuz Syed Yusof). Mereka langsung tidak menghiraukan kami, bahkan tidak menjenguk kami adik beradik.- Tulis Nor Hidayah di akaun Instagramnya yayazaky.
Menurut Nor Hidayah di dalam IGnya itu, ibunya sahaja yang berusaha dan bersusah payah bagi membantu sekeluarga meneruskan kehidupan mereka.
Mereka juga sebelum ini terpaksa hidup berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sehingga ada ketika mereka sekeluarga di halau keluar.
“Saya selalu lihat ibu menangis kerana terlalu kecewa dengan apa yang kami hadapi masa itu, susahnya hanya Allah sahaja yang tahu”
Menurutnya lagi, ayahnya itu tiada sejak dia bersekolah rendah sehingga dia menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ketika itu, hanya ibu sahaja yang menanggung pembelanjaan dirinya.
“Orang tidak tahu cerita kami”
Noor Hidayah yang didakwa tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak mengatakan bahawa mereka adik beradik baru sahaja tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan.
Tujuan dia meluahkan perasaan diatas adalah untuk mempertahankan dirinya dan adik beradik lain. Pada walnya kami hanya mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu saya bersuara mewakili adik beradik.
“Orang cakap kami lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini”
“Noor Hidayah turut mengatakan tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik untuk ayahnya. Saya juga sedih melihat keadaan ayah, tetapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami”
Sumber:https://musangviral.com/bukan-niat-bapa-kandung-anak-tok-ki/