Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan

MALAYSIA: Nampaknya sekali lagi, hujah penggulungan akhir kes pembelaan SRC International SDN BHD memihak kepada Datuk Seri Najib Razak. Ini selepas pasukan pembelaan melemparkan persoalan mengapa tiada bukti penyelewengan dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara ini membuatkan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bekas Perdana Menteri itu adalah dalang dalam melakukan transaksi dana sebanyak RM42 juta milik SRC International ke dalam akaun peribadinya sehingga kini.

Untuk pengetahuan, duit sebanyak RM42 juta telah didakwa dimasukakn ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri diantara Disember 2014 dan Februari 2015.

Menurut peguam bela dan juga Ketua pembelaan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad SHafee Abdullah berkata, SRC International dan Ambank yang mengendali akaun peribadi hanya membiarkan ia tidak terurus sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan.

TS Shafee Abdullah turut menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak itu tidak lebih daripada hanya menjadi mangsa konspirasi pihak yang telah dipercayainya.

Selain itu, pihak pendakwaan juga sehingga ke hari ini tidak dapat menyelesaikan keterangan bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin yang tandatangannya untuk urusan perbankan sebenarnya adalah palsu.

Bukan itu sahaja, pihak pendakwaan juga dikatakan gagal memberikan hujah bagi tandatangan bekas KEtua Eksekutif SRC International, Nik Faisal Kamil dalam surat arahan perbankan bagi urusan niaga yang juga berkemungkinan palsu.

Selain itu, pihak pembelaan juga telah mempertikaikan mengapakah bank dapat menerima cek dengan membenarkan transaksi walaupun hanya diberikan tandatangan berbentuk soft copy yang sepatutnya tidak boleh mengikut peraturan bank.

“Ini semua merupakan contoh yang dapat saya kemukakan kepada mahkamah bagaimana SRC mahupun urusan dengan bank begitu tidak terurus – Kata pihak pembelaan.

Ketua Pembelaan turut mengatakan transaksi yang dilakukan itu tidak sah dan salah kerana tidak dipersetujui sebagaimana yang telah dimuktamadkan dalam kontrak antara bank dan pelanggannya.

Tambah Shafee lagi, apa yang dinyatakan oleh Nik Faisal dalam rakaman di SUruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menjelaskan bahawa dirinya tidak mengethaui tentang transaksi sebanyak RM42 juta itu.

Jadi persoalannya sekarang siapakah yang telah melakukan transaksi tersebut. – Soal ketua pembelaan.

Untuk maklumat semua, sebelum ini Najib Razak berdepan dengan 7 pertuduhan berkaitan dengan dana Rm42 juta SRC International yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada Disember 2014 dan Februari 2015.

Bekas Perdana Menteri itu dituduh telah pecah amanah dengan 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan satu perudukan salah guna kuasa – MG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*