
Nampaknya Thailand tidak lagi menghantar pasukan kedua atau pasukan pelapis untuk menyertai Piala AFF Suzuki hujung tahun ini apabila Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) mahu menghantar pasukan terbaik mereka.
Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Thailand, Parit Suphaphong, walaupun mengakui Piala AFF bakal bertembung dengan saingan Thai League namun beliau percaya ketua jurulatih Akira Nishino dapat mencari pemain terbaik.
Langkah yang dibuat oleh pasukan Thailand ini adalah antara cara untuk menghalang 2 pasukan gergasi Asia Tenggara iaitu Vietnam dan Malaysia daripada menjadi juara untuk kejohanan edisi 2020.
Walaupun berjanji untuk menghantar pasukan terbaik mereka, namun terdapat ura-ra mengatakan bahawa 4 pemain sensasi Thailand yang beraksi di Liga Jepun berkemungkinan besar tidak akan dipanggil untuk bersama pasukan.
4 pemain tersebut adalah Theerathon Bunmathan, Chanathip Songkrasi, Kawin dan Teerasil Dangda. Mereka berempat ini dikatakan bakal terlepas untuk menyertai edisi kali ini.
Untuk pengetahuan semua, jadual rasmi bagi perlawanan Piala AFF masih lagi belum dikeluarkan. Sekiranya perlawanan diteruskan maka perlawanan AFF di peringkat kumpulan secara tidak langsung akan bertembung dengan Liga Thailand.
Media Thailand tidak menaruh harapan
Mengikut sumber yang kami baca mengatakan bahawa rata-rata Media Thailand tidak memberi harapan untuk skuad Thailand menjuarai saingan Piala AFF SUzuki edisi kali ini.
Ini selepas mereka berangapan banyak kelab tidak akan membenarkan pemain terbaik mereka bersama pasukan negara kerana mereka akan menghadapi baki-baki liga Thai yang akan diteruskan dan dijangka akan berakhir pada tahun hadapan.
Ini secara tidak langsung akan menidakkan keinginan persatuan bolasepak Thailand untuk melihat Thailand dibarisi pemain terbaik.
Leave a Reply