
MALAYSIA: Dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Tan Sri Dr Noor Hisham pada hari ini memaklumkan bahawa pada hari ini terdapat 691 kes positif cov-19. Dengan 688 merupakan penvlaran tempatan.
Lebih 50% kes pada hari ini adalah daripada kluster Tembok. Iaitu kluster terasing dalam Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan.
Manakala kes sembuh direkodkan pada hari ini seramai 87 orang dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing apabila disahkan telah pulih.
Manakala 4 keemaat1an telah direkodkan pada hari ini dengan jumlah kumulatif 141 orang telah trkrban disebabkan oleh cov-19
Sabah dikenakan mula dikenakan sekatan rentas negeri – Ismail Sabri
Sekatan perjalanan dari dan ke Sabah melibatkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan dilaksanakan mulai esok sehingga 20 Oktober ini.
Menteri Kanan Kluster Keseelaamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes CoV-19 di seluruh negeri Sabah.
Bagaimanapun menurut beliau, terdapat pengecual1an khas kepada kes-kes tertentu yang melibatkan keceemaasan dan perkhidmatan perlu.
Mereka perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.
Berikut adalah kebenaran yang diberikan bagi pergerakan masuk ke Sabah:-
a) Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
b) Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
c) Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
d) Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
e) Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri Sabah
f) Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport.
Bagi pergerakan keluar dari Sabah kebenaran diberikan seperti berikut;
1) Kes kecemasan dan tugas-tugas rasmi dibenarkan dengan mengemukakan permohonan dan mendapat kebenaran daripada pihak KKM
2) Mereka juga akan menjalani ujian saringan CoV-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.
Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434. – MalaysiaGazette
Leave a Reply