Terkini: 2 Kluster baru cov-19 dikesan KKM – Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu telah dikesan iaitu kluster Kluster PUI Sivagangga, India dan Kluster Satok.

Menurut kenyataan itu, kes di dalam Kluster PUI Sivagangga melibatkan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020.

Kes indeks kluster PUI Sivagangga, India ini merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8937).

Saringan cov-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan di dalam tindakan pihak berkuasa.

Saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 28 Julai 2020, 28 kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah tersebut:

Lima (5) dikesan positif Cov-19; dan

23 negatif.

Manakala, kes Kluster Satok pula melibatkan seorang pemilik kedai makan dan empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerja kedai tersebut.

Kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan. Empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerja kedai tersebut yang merupakan bukan warganegara manakala seorang lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks. Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis yang dikenalpasti ini telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman.

Kluster Satok pula dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, di mana saringan cov-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring. Daripada jumlah tersebut:

Empat (4) dikesan positif cov-19;

225 negatif.

Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan.

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’