MALAYSIA: MIRI – Dua anggota pasukan kesela matan yang dilaporkan hi lang sejak pukul 8 malam semalam telah ditemui ma ti di Sungai Layun, sekitar pukul 3 petang tadi.
Difahamkan kedua-dua mngsa dikenal pasti sebagai Sarjan Simon Laja dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sarjan Kemiang dari Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP).
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku semasa pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota PGA dan seorang petugas SSGP sedang menjalankan rondaan di hulu Baram.
“Pasukan tersebut sedang berehat di tebing Sungai Long Karangan apabila kejadian kepala air berlaku dan dua mngsa telah dihanyutkan oleh arus deras sekitar pukul 6.40 petang.
“Usaha mencari dibuat sejak pukul 8 malam semalam sehingga mngsa dijumpai di kawasan Sungai Layun kira-kira pada pukul 3 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Katanya lagi, mngsa yang dijumpai telah dibawa ke klinik Long Lama sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
“Mereka disyaki le mas tetapi kena tunggu hasil bedah siasat ma yat,” tambahnya. – K! ONLINE
Tiada petunjuk baru operasi cari 2 tentera hilang di Pulau Perak
Sebelum ini akhbar melaporkan – KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 2 anggota tentera yang hi lang di Pulau Perak, Kedah sejak bulan lalu masih diteruskan, tetapi belum ada sebarang petunjuk baru, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Zulkifli Zainal Abidin.
Beliau memohon rakyat Malaysia berdoa satu keputusan dapat dibuat dalam tempoh terdekat.
“Saya amat memahami keadaan keluarga yang menunggu perkembangan lanjut kes ini dan apa yang kita boleh buat adalah bersabar,” katanya dalam wawancara khas bersama media sempena Hari ATM ke-86 di Wisma Pertahanan semalam.
David Edmund Rapi dan Moses Logers dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis, dilaporkan hi lang di pulau itu pada 19 Julai lalu selepas gagal dikesan ketika ketua penempatan membuat pemeriksaan bagi mengira kekuatan anggota.
Ia adalah kes ke-2 kehi langan anggota ATM di Pulau Perak. Kejadian pertama pada 3 Oktober 2016 membabitkan Johbartlee Kanil, 32, dari Sabah dan Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, yang dilapor terjatuh ke laut ketika mengambil air.
Faizol ditemui anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dalam jarak 30m dari Pulau Perak, selepas 4 hari hi lang, namun Johbartlee belum ditemui sehingga kini.