MALAYSIA: etaling Jaya: “Kami sekeluarga tidak menyangka keprihatinan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang sanggup turun ke liang lahad untuk membantu menguruskan jenazah suami,” kata Nafisah Mohd Zin.
Nafisah, 53, adalah balu kepada Sarjan Mejar Mashidi Husian, 53, yang meniggl ak1bat peny4k1it buah pinggang, semalam.
Menurutnya, arwah suaminya selalu bercerita mengenai keprihatinan ‘bosnya’, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, namun dia tidak menyangka pengakhiran arwah suami turut mendapat perhatian.
“Arwah mengidap penyakit buah pinggang sejak 19 tahun lalu dan sentiasa komited dengan pekerjaan dilakukannya.
“Kami sekeluarga terharu dengan tindakan Tuan Nik Ezanee yang turun ke liang lahad lengkap dengan uniform.
“Adik beradik arwah yang tidak dapat datang turut terkejut apabila melihat gambar tular pegawai berpangkat tinggi membantu menguruskan jenazah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Nafisah berkata, kini anak bongsu lelaki berusia 22 tahun akan mengikut langkah arwah suaminya apabila memohon untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjadikan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu sebagai idola.
Terdahulu, tular gambar dan video menunjukkan Nik Ezanee yang lengkap beruniform turun ke liang lahad bagi membantu menguruskan jenazah anggotanya.
Gambar berkenaan mendapat perhatian ramai kerana tindakan prihatin dilakukan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu.
Arwah mennggl dunia di rumahnya di Desa Aman, Pantai Dalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, semalam.