
MALAYSIA: Papar: Remaja yang mengh1idap peny4k1it ketumbuhan tulang belakang atau Intradural-Extramedullary tumor, Mohammad Haikhal Ali Hussin, 13, berjaya mengumpul dana sumbangan orang ramai sebanyak RM73,000 untuk membiayai kos pembedahannya Mac ini.
Ibunya, Widyaayu Hamdin, 33, berkata, dia terkejut apabila memeriksa jumlah wang sumbangan yang disalurkan ke dalam akaun banknya lebih daripada sasaran.
“Pagi tadi saya memeriksa akaun bank saya dan terkejut apabila melihat jumlah wang mencecah sebanyak RM73,000.
“Sekarang kami hanya menunggu pihak Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 memberi tarikh Haikhal dimasukkan ke wad sebelum pembedahan dijalankan,” katanya.
Widyaayu berkata, dia terharu dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyalurkan sumbangan bagi membiayai kos pembedahan anak sulungnya itu.
“Saya amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Haikhal.
“Begitu juga dengan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak saya.
“Saya tidak mampu membalas jasa baik semua yang membantu melainkan hanya Allah saja yang mampu membalasnya,” katanya.
Sebelum ini, portal MyMetro melaporkan Mohammad Haikhal memerlukan dana sebanyak RM60,000 bagi membiayai pembedahan tulang belakangnya sehingga mendapat perhatian ramai.
Peny4k1it yang dikesan sejak tahun lalu itu menyebabkan dia tidak dapat berjalan dan terpaksa memakai kerusi roda untuk bergerak.
Malah, dia terpaksa tidur mencangkung disebabkan kes4k1itan di belakang badan.
BERITA SEBELUM ITU
Papar: Peny4k1it ketumbuhan tulang belakang atau Intradural-Extramedullary tumor yang dih1id4pi Mohammad Haikhal Ali Hussin, 13, menyebabkan dia tdaik mampu bergerak.
Ibunya, Widyaayu Hamdin, 33, berkata, peny4k1it anaknya itu mula dikesan pada tahun lalu.
“Haikhal merasa s4k1it di belakangnya ketika awal Mac tahun lalu. Ketika itu dia berusia 12 tahun.
“Pada mulanya saya dan suami, Ali Hussin Boyat, 39, menganggap ia hanya s4k1it biasa saja kerana kami membawa Haikhal ke sebuah hospital dan menjalani ujian x-ray tetapi doktor kata tiada apa-apa.
“Jadi setiap kali Haikhal s4k1it belakang kami memberinya makan panadol saja sehinggalah kami memutuskan untuk membawa Haikhal melakukan pemeriksaan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.
“Apabila pemeriksaan dilakukan, barulah doktor mengesan dan mengesahkan anak saya menghadapi peny4k1it ketumbuhan tulang belakang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kelanahan, di sini, hari ini.
Widyaayu berkata, disebabkan peny4k1it itu, anak sulung daripada empat beradik itu terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.
Menurutnya, HQE 2 juga memaklumkan pembedahan perlu dijalankan dengan kadar segera.
“Difahamkan pembedahan memerlukan kos sebanyak RM60,000 dan doktor memberi tarikh 3 Mac depan untuk pembedahan.
“Walau bagaimanapun, kami sedang menunggu keputusan kelulusan permohonan dana kebajikan hospital sebanyak RM21,000 bagi menampung sebahagian kos pembedahan itu.
“Doktor juga berkata anggaran waktu Haikhal perlu ditahan dan dirawat di hospital adalah selama setahun sehingga sembuh sepenuhnya dari pembedahan,” katanya.
Widyaayu berkata, peny4k1it itu juga menjejaskan pembelajaran Haikhal.
“Haikhal agak sukar memegang pensil jadi dia terpaksa menulis dengan perlahan-lahan ketika sesi pembelajaran secara dalam talian di rumah,” katanya.
Sementara itu, Haikhal berkata, dia tetap menguatkan semangat berdepan peny4k1it itu.
“Setiap kali waktu malam, rasa s4k1it mula menyerang belakang saya dan saya harus memakan ubat tahan s4k1it. Malah saya perlu tidur dalam keadaan mencangkung.
“Ubat tahan s4k1it mempunyai kesan mengantuk jadi apabila saya sudah tidur, barulah ibu bapa dapat membetulkan posisi tidur saya dalam keadaan baring,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat untuk tampil membantu boleh menyalurkan sumbangan di nombor akaun 1211029000185464 (Bank Simpanan Nasional) atau boleh menghubungi Widyaayu di talian 0178921202 untuk sebarang maklumat lanjut.
Leave a Reply