TARIKH KEMASUKAN STR : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA ATAU TIDAK
Kerajaan telah menambahbaik peruntukan bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) 2025 bagi golongan yang tidak berkemampuan sebanyak RM13 billion, termasuk peningkatanhampir 25% untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dalam menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat.
BACA JUGA : BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 2
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- ujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
LAMAN WEB SEMAKAN STATUS KEMASUKAN STR FASA 2
Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:
PROTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAK STATUS MASUK BAYARAN
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
- https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH KEMASUKAN STR
Pembayaran bantuan adalah seperti berikut :
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Pembayaran Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Pembayaran Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada April 2025. Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa. |
Pembayaran Fasa 3 & 4 | Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
KAEDAH SALURAN BANTUAN
Kaedah saluran adalah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Penerima yang Tiada Akaun Bank atau status Gagal Kredit | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : str@treasury.gov.my