TARIKH BAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMAAN BANTUAN
Pada tahun 2025, Kerajaan Malaysia meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR merupakan inisiatif yang diberikan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk bantuan tunai, bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup.
KETAHUI TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025 DENGAN MEMBACA ARTIKEL INI DIBAWAH.
BACA JUGA : MYSALAM 2025
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Jumlah bayaran yang diterima oleh pemohon STR bergantung kepada beberapa faktor, termasuk status pendapatan dan bilangan anak bagi kategori Isi Rumah. Berikut adalah perincian kadar bayaran yang akan diberikan:
KATEGORI ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Pendapatan 0 -RM 2500 | Tiada Anak : RM150 1-2 Anak : RM300 3-4 Anak : RM500 5 Atau Lebih : RM650 |
Pendapatan RM2,501-RM5,000 | Tiada Anak : RM100 1-2 Anak : RM200 3-4 Anak : RM250 5 Anak Atau lebih : RM300 |
Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Umur 60 Tahun Keatas) | Pendapatan RM0-RM5,000 : RM150 |
Kategori Bujang (umur 21-59 Tahun) | Pendapatan 0 – RM5,000 : RM100 |
CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN
Bagi mereka yang telah memohon dan ingin mengetahui status permohonan atau tarikh pembayaran, mereka boleh membuat semakan secara dalam talian melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor akaun untuk mengetahui jika permohonan mereka berjaya atau tidak.
CARA CEK STATUS KELAYAKAN
Secara umumnya, mereka yang layak menerima STR adalah mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan. Kriteria utama adalah seperti berikut:
- Isi rumah berpendapatan rendah: Mereka yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM0 hingga RM5,000.
- Warga emas: Mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai pasangan.
- Orang kurang upaya (OKU): Mereka yang berumur antara 19 hingga 59 tahun.
- Bujang berpendapatan rendah: Mereka yang berumur 21 hingga 59 tahun dan mempunyai pendapatan kurang dari RM2,500.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2
Pembayaran untuk STR Fasa Kedua, adalah Sebagai tambahan kepada Fasa 1, yang telah dilaksanakan pada bulan Januari 2025, Fasa 2 adalah bayaran susulan yang melibatkan golongan yang memerlukan bantuan tambahan. Pembayaran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang berada dalam kategori berpendapatan rendah.
Tarikh pembayaran STR fasa 2 di jangka dilaksanakan pada April 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Tarikh Pembayaran STR FASA 2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :