TARIKH BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK RM300

TARIKH BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Sabah, sebagai salah satu negeri yang kaya dengan sumber alam, masih berhadapan dengan cabaran besar dalam menangani kemiskinan tegar. Perbezaan ketara antara kadar kemiskinan tegar di Sabah berbanding dengan kadar nasional, yang hanya mencatatkan 0.2%, memberi gambaran jelas mengenai konsentrasi kemiskinan yang masih wujud di beberapa kawasan tertentu. Terutamanya di kawasan pedalaman, kemiskinan tegar menjadi isu utama yang memerlukan perhatian segera.

Dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan yang bertujuan untuk meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar, terutama sekali pada waktu perayaan utama negeri ini seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, dan Tahun Baru Cina. Ketahui tarikh bantuan sabah 2025 dengan membaca artikel ini dibawah :

INFO YANG LEBIH MENARIK MENGENAI BANTUAN : STR FASA 2 2025

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Terdapat beberapa syarat dikemukakan kepada penerima agar bantuan yang disalurkan adalah kepada yang berkelayakan seperti dibawah:

  1. Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  2. Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  3. Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  4. Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

JUMLAH BANTUAN DIBERIKAN

Bantuan yang diberikan kepada rakyat Sabah yang daripada golongan miskin dan miskin tegar adalah berjumlah:

  • Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar : RM300 (Sebulan)

TARIKH BANTUAN SABAH 2025

Penerima bantuan akan mendapat manfaat bantuan ini adalah pada:

BANTUANTARIKH BANTUAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan Sabah dijangka akan dilaksanakan bermula pada Februari 2025.
Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan kelak, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

SEMAK STATUS PEMBAYARAN SABAH

  • Setakat ini, maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
  • Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/

Leave a Comment