Saya bakal Tarik Balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin – Nazri Aziz

Saya bakal Tarik Balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin - Nazri Aziz

MALAYSIA: Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi jika hanya ia membawa kepada pilihan raya mengejut.

Timbul persoalan mengenai nasib kerajaan dipimpin Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditambah pula pengakuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, ada dalam kalangan ahli Parlimennya dan Barisan Nasional menyokong Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mereka berbuat demikian.

“Saya menyokong pendirian Zahid untuk tidak menghalng mana-mana ahli Parlimen Umno menyokong Anwar. Kerajaan hari ini adalah kerajaan MP (ahli Parlimen),” katanya kepada FMT.

Nazri turut mengulangi kenyataan Zahid sebelum ini, Umno tidak mahu menjadi sebahagian daripada PN dan hanya mahu bekerjasama dengan PAS.

“Zahid betul kerana ramai dalam Umno tidak senang dengan Muhyiddin dan PPBM mengenai cara Umno dilayan,” katanya.

Nazri menuduh PPBM melihat Umno tidak relevan, dengan memberi contoh parti itu menamakan Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor sebagai calon ketua menteri tanpa terlebih dahulu berunding dengan Zahid.

“Mereka senang-senang saja mengumumkan Hajiji calon tanpa berunding dengan kami. Mereka kata kami tak relevan, kami tak dominan. Okay, kita lihat apakah itu berlaku dalam pilihan raya.

“Jika menarik balik sokongan saya terhadap Muhyiddin bermakna pilihan raya akan diadakan, maka saya akan melakukannya,” kata veteran Umno itu.

Beliau turut meminta supaya perubahan kerajaan dilakukan melalui proses sewajarnya di Dewan Rakyat dan bukan menghadap Yang di-Pertuan Agong. Fmt

Presiden PKR kata dia ada Majoriti Ahli Parlimen

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendkwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendkwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Katanya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jntung Negara (IJN).

“Alhamdulillah. Kini saya mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ingin saya nyatakan, majoriti yang menyokong juga adalah dalam kalangan Melayu dan Islam.

“Secara konklusifnya, (jumlah majoriti) kuat dan kukuh. Saya tidak bercakap mengenai empat, lima, enam (Ahli Parlimen) tapi lebih daripada itu.

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas menghadap Agong dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang media di hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar berkata, pentadbiran kerajaan itu kelak akan mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu Bumiputera dan perwakilan semua kaum di negara ini.

“Kami tetap menjunjung prinsip Perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja Melayu, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa Melayu, selain jaminan tegas mempertahankan hak pelbagai kaum lain,” katanya.

Ditanya berulang kali mengenai jumlah majoriti yang didkwa diperolehinya dan parti yang menyokongnya, Anwar berkata, beliau mempunyai senarai itu, namun menyerahkan kepada parti yang terbabit untuk menyatakan pandangan mereka.

“Bagaimanapun, setakat ini, saya ada dokumen tetap. Tidak harus diragui. Kalau tidak, saya tidak lakukan sidang media ini.

“(Jumlah Ahli Parlimen) kukuh dan meyakinkan. Ia bukan jumlah yang kecil yang kita perkatakan.

“Kenapa saya tidak mahu sebut? Sebab saya meletakkan penghormatan kepada kedudukan Agong dan sepatutnya perkara terperinci ini harus dimaklumkan kepada baginda terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata, dengan sokongan dan majoriti yang diperolehnya itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tumbang.

“Saya persilakan beliau untuk bekerjasama. Saya tidak ada masalah peribadi dengannya. Kesediaannya bekerjasama akan membantu supaya perubahan peralihan (kuasa) berlaku dengan aman dan teratur.

“Seandainya beliau bersedia, beliau boleh berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya.

Ditanya sama ada pembentukan kerajaan baharu yang didkwanya itu melalui pintu belakang, Anwar menafikannya dan mendkwa ia kerajaan yang mendapat mandat dan sokongan dengan prinsip serta dasar yang jelas.

Ditanya jika kerajaan itu kerajaan Pakatan Harapan (PH), Ahli Parlimen Port Dickson itu mendkwa, satu gabungan parti baharu bagi penubuhan kerajaan akan terbentuk dan akan mengambil kira pengalaman lalu.

Berhubung sama ada Parti Peju ang Tanah Air (PEJU ANG) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai gabungan baharu berkenaan, Anwar berkata, “Tidak. Beliau mungkin memvtvskannya kemudian tapi ketika ini, tidak”.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*