“Tangguh Lagi SPM”, 10 Lagi Sekolah Di Arah Tutup

MALAYSIA: Mengikut laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia,Kerajaan disaran tangguh SPM KUALA LUMPUR: Peningkatan kes penularan Cooviid-19 sehingga paras 4,000 buat kali kedua kelmarin membimbangkan ibu bapa yang anak mereka akan menduduki peperiksaan awam 22 Februari ini. Malah, situasi lebih ‘mencemaskan’ apabila 144 pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin ekoran terdapat beberapa pelajar yang positif Cooviid-19. Presiden…

Baca: https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/kerajaan-disaran-tangguh-spm/

Lebih 40,000 mahu peperiksaan SPM dihentikan – Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Lebih 40,000 menandatangani petisyen dalam talian menyeru peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang dibatalkan atau ditangguhkan berikutan kesukaran yang dihadapi pelajar di seluruh negara.

Penganjur petisyen itu menyebut, rayuan dibuat berikutan kesan wabak ke atas kesihatan mntal pelajar, kesan penangguhan ke atas kalendar akademik mereka, dan anc4 man jngkitan semasa menduduki SPM atau kelas persediaan.

Kenyataan itu menyebut, dengan “peningkatan” kes harian Cooviid-19, mereka percaya kerajaan akan mendedahkan pelajar kepada risiko.

Peperiksaan SPM dijadualkan pada 22 Feb dengan hampir setengah juta pelajar dijangka mendudukinya. Pada 2019, seramai 416,416 pelajar menduduki peperiksaan, dan 400,445 didaftarkan untuk mendudukinya dalam kohort 2020.

“Kami percaya anak-anak masa depan negara, dan tiada siapa berhak memaksa mereka menanggung akibat daripada ‘bencana’ yang sedang melanda kini’,” kata mereka.

“Kami faham keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melanjutkan tarikh peperiksaan SPM dibuat selepas mempertimbangkannya, tetapi kami percaya ia bukan keputusan yang bijak, memandangkan pandemik ini menimbulkan banyak ketidaktentuan dan ketidakpastian.”

“Kami menerima beratus-ratus komen daripada pelajar, yang kebanyakannya mengalami gang guan mntal dan tidak lagi dapat fokus pada pelajaran. Ini sangat membimbangkan, malah ada yang terlintas di fikiran untuk me mbu nu h di ri.”

Sebagai ganti peperiksaan SPM yang formal, pemohon mencadangkan menggunakan keputusan sebelum ini atau prestasi peperiksaan percubaan untuk mengumpulkan gred yang diramalkan, atau membenarkan pelajar mengambil SPM dalam tempoh yang biasanya diperuntukkan untuk SPM Ulangan (peperiksaan ulangan) untuk membolehkan pelajar mengekalkan jadual kemasukan sedia ada.

Mereka berkata dengan tarikh penangguhan semasa, calon mungkin terlepas pengambilan awal kolej dan lewat bergraduasi dari kursus pra-universiti.

“Dengan penangguhan SPM, pelajar hanya boleh memohon untuk pengambilan Ogos 2021 (untuk kursus A-level), yang bermaksud mereka hanya boleh memohon universiti pada 2023 (dan bukannya pertengahan 2022).”

Meskipun mereka memahami kebimbangan KPM dalam mengekalkan kesamarataan dalam peperiksaan memandangkan sekitar 15% belum menduduki peperiksaan percubaan, keadaan tahun ini menjejaskan kesamarataan itu.

“Pada pendapat kami, kesamarataan peperiksaan ini tidak lagi wujud apabila pelajar tidak mendapat jangka masa dan kualiti pengajaran yang sama kerana pandemik mempengaruhi tempoh persekolahan di negeri dan sekolah yang berbeza.

“Oleh itu, penyelesaian yang adil dan mutlak untuk peperiksaan ini pastinya hanyalah satu ilusi, termasuk tarikh peperiksaan yang ditangguhkan hanya untuk kawasan zon merah membuka peluang kepada kebocoran soalan peperiksaan.”

Petisyen tersebut mendapat sokongan dari pelajar dalam talian, dengan segelintir mempersoalkan mengapa suara mereka tidak didengar.

“Kami juga manusia!” kata seseorang pelajar, “Mengapa lebih pentingkan politik berbanding masalah kesihatan pelajar? Cukup banyak suara dibangkitkan tetapi sayangnya suara-suara ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu seorang lagi berkata “sebagai pelajar, mengikuti sukatan pelajaran tanpa bantuan guru atau di kelilingi persekitaran persekolahan memang sukar dan meletakkan calon SPM tahun ini pada tahap yang sangat teruk.”

Baca: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/19/lebih-40000-mahu-peperiksaan-spm-dihentikan/

10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu diarah tutup

Sepuluh lagi sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 30 Jan, susulan terdapat sejarah perjalanan kes peskit Cooviid-19 ke semua sekolah berkenaan.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan wbak Cooviid-19 di semua sekolah terbabit.

“Penutupan sementara sekolah-sekolah itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjngkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjngkit. Sehubungan itu, semua aktiviti dalam kawasan sekolah perlu ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah terbabit juga telah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penangguhan agihan buku teks dan alat tulis kepada pelajar kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Baru-baru ini, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di sini turut diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berikutan kes yang sama.

– Bernama

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’