
MALAYSIA: Geloombang ketiga pandemik Cooviid-19 yang melanda negara dan dunia khususnya dijangka melambatkan pemulihan ekonomi negara hingga ke suku pertama 2021.
Justeru, kerajaan perlu meningkatkan lagi usaha untuk memulihkan ekonomi dengan hala tuju yang jelas dan dinamik termasuk mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dalam laporan terbarunya telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar tahun 2020 kepada -5.5 peratus.
Kata beliau, penurunan unjuran itu berdasarkan kepada penurunan besar kadar pertumbuhan ekonomi dalam suku kedua pada -17.1 peratus, ditambah dengan lonjakan semula kes Cooviid-19 dan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Penurunan ini berpunca daripada tiadanya langkah mitigasi tambahan diambil kerajaan pada suku sebelumnya, terutamanya bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
“Rentetan dari itu, saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban, terutamanya di kawasan PKPD dan PKPB.
“Pakej rangsangan ekonomi negara sebelum ini terbukti berjaya meringankan beban rakyat dan menjamin aliran tunai perniagaan, namun telah berakhir pada masa yang genting ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Mohamad berkata, kerajaan tidak boleh melengahkan masa dengan persoalan pertumbuhan ekonomi sahaja, kerana Vietnam dijangka memintas Malaysia untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di Asia Tenggara tahun ini, sekali gus antara negara terbaik di rantau ini untuk pelaburan.
Katanya, inisiatif Program PENJANA juga perlu dilanjutkan terutama untuk PKS demi mengekalkan pekerja dan mengelakkan peningkatan kadar pengangguran.
“Usaha mesti digiatkan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dengan membenarkan demokrasi berfungsi, pelaburan terpilih diberikan insentif khas, sempadan dibuka dengan protokol kesihatan yang ketat dan syarat melakukan perniagaan dipermudahkan lagi.
“Keyakinan perniagaan dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bergantung besar kepada konsistensi dan kejelasan polisi sedia ada dengan setiap polisi dan dasar kerajaan dalam memerangi pandemik ini perlu wajar, berasaskan bukti saintifik, mengambil kira kepentingan awam dan tidak mengelirukan.
“Saya berharap kerajaan Malaysia mempertimbangkan pembentukan sistem amaran berperingkat yang lengkap dan konsisten sebagai pengganti pengumuman pengubahsuaian SOP pada saat terakhir,” katanya.
Jelas beliau, sistem amaran berperingkat seperti yang dijalankan di beberapa negara lain akan memaparkan perbezaan tahap kecemasan dalam kriisis Cooviid-19 berasaskan nombor pembiakan virus dan jumlah kes yang disahkan.
Katanya, setiap peringkat amaran itu mempunyai protokol dan sekatan yang tetap dan tidak akan diubahsuai sewenang-wenangnya, terutama dari segi SOP di tempat kerja.
“Protokol yang ditetapkan juga mesti melalui proses rundingan dengan pihak berkepentingan dengan mengambil kira keseimbangan antara kelestarian perniagaan dan kesihatan pekerja.
“Saya mengulangi pendirian saya, pandemik ini hanya akan dapat diatasi dengan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomi dan kepatuhan kepada perlembagaan negara,” katanya. – MalaysiaGazette
Beri bantuan tambahan RM1,000 kepada penerima BPN di Sabah, kata Najib
Pada 21 oktober yang lalu Bekas perdana menteri, Najib Razak, berkata seramai 737,797 rakyat Sabah dari golongan B40 dan M40 yang diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebelum ini perlu diberikan bantuan tambahan wang tunai sebanyak RM1,000 oleh kerajaan persekutuan.
Katanya, ia berikutan negeri itu adalah yang paling terkesan dalam geloombang ke-3 Cooviid-19 dengan lebih 70% kes di seluruh negara direkodkan di Sabah.
”Seluruh Sabah diletakkan dalam PKPB (perintah kawalan pergerakan bersyarat) dan ada juga beberapa daerah sudah dilaksanakan PKPD yang jauh lebih ketat sejak 3 minggu lalu.
”Memandang situasi Cooviid-19 terkini, besar kemungkinan PKPB dan PKPD akan dilanjutkan lagi.
”Jika golongan yang memerlukan tidak diberi lebih bantuan, mereka akan terpaksa melanggar PKP yang dilanjutkan untuk keluar bekerja dan dengan itu, penularan Cooviid-19 di Sabah tidak akan berhenti dan negara akan terus mencatat jumlah kes yang tinggi,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Najib berkata, memberi bantuan tambahan RM1,000 kepada setiap penerima BPN di Sabah hanya menelan kos RM737 juta dan ianya jauh lebih rendah dari cukai jualan petroleum sebanyak RM2.9 bilion yang dibayar kepada Sarawak pada bulan lepas.
”Jika keengganan kerajaan memberi bantuan tambahan kepada penerima BPN Sabah berpunca daripada kebimbangan kadar defisit negara menjadi lebih tinggi, kerajaan perlu ingat bahawa pengiraan kadar defisit berdasarkan jumlah defisit dibahagi dengan saiz KDNK (keluaran dalam negara kasar) negara.
”Selain itu, jika rakyat tidak dibantu dan dana tidak disuntik ke dalam ekonomi tempatan yang terhenti akibat PKP seluruh negeri, maka ramai perniagaan akan tutup serta pekerja dibuang.
”Ini akan menurunkan KDNK negara dan apabila KDNK negara turun, maka kadar defisit akan naik juga walaupun jumlah defisit tidak bertambah,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah meminda undang-undang untuk menaikkan had pinjaman kerajaan kepada KDNK daripada 55% kepada 65% seperti yang disarankannya pada April lalu.
Katanya, kenaikan had berkenaan bersamaan dengan ruang tambahan pinjaman sebanyak RM150 bilion.
”Jika kerajaan PN tidak ingin meminta Petronas tanggung kos RM737 juta ini dalam bentuk cukai jualan petroleum, kerajaan masih mempunyai ruang yang besar untuk meminjam jika tidak mahu jual aset.
”Sebab itu, bayarlah sahaja tambahan RM1,000 untuk semua warga Sabah dan lanjutkan juga moratorium pinjaman secara pukal bagi seluruh Sabah jika tidak mahu beri kepada seluruh negara, sekurang-kurangnya 3 bulan lagi,” katanya.
”Dalam situasi PKP seluruh negeri yang berlanjutan dan kes Cooviid-19 yang terus tinggi, bagaimana warga Sabah mampu membayar ansuran pinjaman bulanan? Jangan sudah menang PRN, Sabah dilupakan pula,” katanya.
Leave a Reply