Tak bagi keluar KWSP, boleh ke Saman Kerajaan. Ini jawapan peguam

MALAYSIA: Beberapa hari ini, banyak soalan kami terima berkisar KWSP. Ramai yang bertanyakan hak mereka.

Hari ini ada soalan lagi. Ini adalah salah satu dari soalan, boleh atau tidak dia menya-man kerajaan kerana tidak membenarkan pengeluaran akaun 1? Boleh rujuk soalannya dalam gambar.

Pada mulanya kerana mulanya saya hendak jawab sekali lalu sahaja. Kemudian saya baca soalan ini sekali lagi. Saya lihat waktu mesej ini dihantar pada jam 5.29 pagi.

Saya andaikan, bahawa barangkali, si penulis ini tidak boleh tidur sambil memikirkan masalah kewangan yang dihadapi. Tambah pula soalan yang mungkin juga dapat membantu pihak lain yang bergelut masalah yang sama.

Tadi saya berikan link tulisan ini kepada penanya soalan supaya dia jelas. Dia maklumkan bahawa rupa-rupanya dia adalah pesakit knser.

kwsp 2020

Aduh! Seediih kalau kes begini.

Ambil contoh kes seorang individu ini

Saya terangkan, boleh atau tidak menya-man seperti dalam soalan? Saya rujuk kepada kes yang ini LAU POH LEE yang menya-man antara pihaknya ialah KWSP, Kerajaan Malaysia dan 2 yang lain. Bacaan kes [2015] 7 CLJ 795.

Kenapa Lau ini menya-man KWSP? Begini selaras dengan Sksyen 54, Akta AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991, Akta 452 membenarkan beberapa keadaan bagi pengeluaran wang sekiranya memenuhi terma dan KWSP berpuas hati.

Antaranya, dalam kes kem4tian, membeli rumah, pengajian, capai usia 50 tahun. Dalam kes ini Lau memohon di bawah Sksyen 54 (1)(c) iaitu ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja.

Keadaan-keadaan lain yang dibenarkan wang simpanan dikeluarkan, sila rujuk kepada Sksyen 54, Akta ini.

Dalam kes ini Lau menghadapi s4kit iaitu enIarged liv3r, ischemic h3art dise4se, liver cirrh0sis dan diab3tes meIIitus dan telah disahkan melalui seorang doktor dalam laporan perubatan.

Namun begitu, Lembaga KWSP melalui suratnya meminta agar Lau melalui semakan perubatan oleh 3 orang doktor dari panel doktor EPF.

Berdasarkan laporan panel doktor tersebut, mendapati walaupun benar Lau menghadapi kesemua penyakit ini namun demikian tidak dibuktikan dari segi mental dan fizikal, Lau tidak mampu bekerja. Jadi permohonan Lau untuk mengeluarkan simpanan KWSP di tolak.

Lau telah membuat rayuan ke Lembaga KWSP dan sekali lagi permohonan Lau telah ditolak. Tidak berpuas hati, Lau merayu di mhkamah terhadap keputusan Lembaga KWSP dan Mhkamah menolak rayuan Lau. Bermakna permohonan Lau tidak berjaya.

Bukan mudah. Segala hal berkaitan pentadbiran, syarat-syarat dan undng-undng KWSP adalah dibawah Akta 452 ini. Jadi kita sebagai ahli perlu mematuhi. Begitulah undng-undngnya.

Walaupun begitu, dalam sksyen 54(6)(K) membenarkan permohonan seseorang ahli KWSP untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun jika Lembaga berpuas hati bahawa ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup.

Ini yang seperti kita keluarkan i-lestari dari akaun kedua sewaktu PKP tempoh hari.

Status terkini bagi pengeluaran dari Akaun 1, kerajaaan telah pun memberikan kebenaran bagi pengeluaran untuk Akaun 1 KWSP secara bersyarat.

Walaupun syaratnya dianggap ketat, jika dilihat dari sudut jangka panjang adalah bagi simpanan masa hadapan dan agar kelonggaran ini tidak disalahgunakan.

Namun demikian bagi segelintir ianya berkenaan dengan kelestarian hidup. Cuba pohon. Semoga dipermudahkan urusan kalian dalam membuat permohonan.

Sumber dan kredit: FB Nor Zabetha via Asiakini.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*