Connect with us

Malaysia

Ramai lupa bila berkuasa, Kita Tahu Pemikiran Tun Mahathir – Anwar Ibrahim

Published

on

Ramai lupa bila berkuasa, Kita Tahu Pemikiran Tun Mahathir - Anwar Ibrahim

MALAYSIA: Bakal Perdana Menteri yang beberapa kali dikeceewakan oleh rakan sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakan dan ahli dalam Parti Keadilan Rakyat agar tidak mudah lupa apabila mendapat mandat.

Menurutnya ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang “tergelincir daripada landasan” ketika memegang kuasa dahulu.

“Kita hadapi ujiian di peringkat awal adalah kerana kita dah mula pegang tampuk kekuasaan. Bila diuji masa senang, ramai yang gagal.

Bila susah, derita, dalam keadaan susah. Tapi bila kita ada di tampuk kekuasaan, banyak kecuaian. Cara kita menilai hilang, tergelincir dari landasan,” katanya ketika berucap di Konvensyen Penerangan PKR di Ampang hari ini.

Anggota Parlimen Port Dickson itu mengingatkan ahli parti yang tergelincir daripada landasan parti untuk keluar daripada parti.

“Sebaik tergelincir, kita bukan lagi dalam agenda keadilan. Sebab itu kalau orang nak keluar, silakan keluar,” katanya.

Anwar menjelaskan bahawa landasan parti tersebut adalah berkisar tentang “keadilan”.

“Kita tak boleh bicara soal ekonomi tanpa keadilan. Tak boleh bicara keadilan kalau kayakan anak-pinak.

“Bila kita ada kuasa, bibit sama telah menimpa kita. Ini maknanya kita tak istiqamah,” katanya.

Untuk rekod, hujung Februari lalu, dalam satu gerakan yang diberi julukan Langkah Sheraton, bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa anggota parlimen PKR keluar parti dan membentuk kerajaan baru di bawah Perikatan Nasional (PN) bersama Umno-BN, PAS, GPS, PBS dan Star.

Sejak itu, beberapa pemimpin PKR yang dilihat sebagai penyokong Azmin meletak jawatan atau dipecat daripada parti itu.

Bagaimanapun, Anwar tidak menamakan mana-mana individu dalam ucapannya.

Beliau menggesa jentera parti untuk turun padang, bertemu rakyat dan menjelaskan berkenaan agenda parti.

“Penjelasan kita bukan sekadar Langkah Sheraton, itu hanya serpihan.

“Orang-orang terlibat pun tak tahu dekat mana nak bertanding.

“Kalau jumpa saya pun banyak senyum sekarang, bukan nak marah dah,” katanya lagi.

Anwar Ibrahim baca pemikiran Tun Mahathir

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengatakan beliau sering percaya bahawa Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.

“Itu benar. Sekarang kita tahu. Pada masa itu kita tidak tahu. (Kita sangka dia adalah) orang yang terhormat. Kamu berikan komitmen secara terbuka, kita percaya kamu.

Entah bagaimana, dia kata ‘tidak, tidak, tidak … bukan itu yang saya maksudkan. Kamu (harus) buktikan (sokongan majoriti) sendiri‘,” kata Anwar dalam wawancara Sin Chew Daily yang disiarkan hari ini.

Mahathir, bagi pihak Bersatu, menandatangani perjanjian pada Januari 2018 yang mencalonkannya sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Perjanjian itu menyatakan beliau akan memberi laluan kepada Anwar bagi menggantikannya, tetapi tidak ada tarikh yang ditetapkan.

Isu peralihan ini menjadi titik fokus dalam pentadbiran PH selama 22 bulan yang berakhir pada Februari tahun ini.

Susulan tumbangnya kerajaan PH pada penghujung Februari, Mahathir secara terbuka berulang kali mengatakan beliau akan mengundurkan diri sebagai perdana menteri selepas November.

Bagaimanapun beliau tidak pernah menyatakan komitmen untuk memastikan bahawa partinya akan menyokong Anwar sebagai penggantinya.

Semasa wawancara itu, Anwar mendakwa Mahathir sedar sepenuhnya rancangan pemimpin Bersatu untuk menarik diri daripada PH bagi membentuk kerajaan baru, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

Anwar mengatakan ini terbukti daripada rakaman audio mesyuarat Bersatu yang bocor.

Menurut ahli majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang hadir dalam banyak mesyuarat, Mahathir tidak pernah mahu menyerahkan pentadbiran kepada Anwar dan terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Umno dan PAS dan bukannya DAP dan PKR.

Wan Saiful mendakwa Mahathir mengarahkan Hamzah Zainuddin untuk memulakan perbincangan dengan Umno dan PAS pada tahun 2019 untuk menjalinkan kerjasama.

Mahathir masih belum menjawab dakwaan itu.

Anwar berkata walaupun sekarang telah mengetahui hasrat dan niat sebenar Mahathir, beliau masih terbuka untuk bekerjasama dengannya tetapi tidak akan menyokongnya sebagai perdana menteri lagi.

“Memaafkan adalah suatu yang mulia. Inilah yang pernah dikatakan oleh Confucius dan sesuai dengan ajaran Islam,” kata Anwar.

Mengenai dakwaan Mahathir bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memilih Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, Anwar mengatakan bahawa beliau percaya naratif ini tidak benar.

“Itu versi Mahathir. Saya percaya Lim,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular