SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2025
Sumbangan asas rahmah merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR dan SARA berstatus miskin dan miskin Tegar ekasih di mana perlaksanaanya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program Mykasih. Penerima akan mendapat RM100.00 melalui mykad mulai Januari 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan, dan peralatan kebersihan diri. Pada bulan April ini, bantuan akan ditambah kepada RM200.00 sebulan bagi penerima yang layak.
Peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA merupakan Belanjawan yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM13 Billion berbanding RM10 Billion pada tahun yang lalu.
Baca juga : BANTUAN STR 2025 : SEMAKAN STATUS FASA 2.
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
WARGENEGARA | HANYA WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA |
KELAYAKAN | TERSENARAI SEBAGAI PENERIMA MISKIN TEGAR/ MISKIN EKASIH |
KATEGORI | LULUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH KATEGORI ISI RUMAH, BUJANG DAN WARGA EMAS TIADA PASANGAN |
KAEDAH PERLAKSANAAN
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Anda boleh layari portal rasmi STR bagi semakan Bantuan.
- login MySTR
- Masukkan No Kad Pengenalan
- Pengesahan Kunci Keselamatan
- Maklumat yang dipaparkan – Status permohonan
- Layari protal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Layari protal rasmi Mykasih https://www.mykasih.com.my
SENARAI KEDAI SUMBANGAN ASAS RAHMAH
MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
SENARAI PRODUK YANG DILULUSKAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk Kesihatan
- Ubat-ubatan
- Barang Persekolahan
HUBUNGI TALIAN BANTUAN
Maklumat lanjut anda boleh menghubungi di Talian tersebut:
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)