
MALAYSIA: Semalam akhbar tempatan ada melaporkan bahawa samn Suharnizan terhadap Eira Aziera diteruskan. Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan samn sivil terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera, 37, walaupun personaliti media sosial itu sudah memohon maaf kerana mengh1inanya dalam media sosial.
Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, tindakan undang-undang diambil bertujuan memberi pengajaran terhadap Eira Aziera kerana isu body sham1ing boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, perkara tersebut perlu dijadikan pengajaran terutama kepada semua pihak dalam media sosial bahawa mereka masih terikat dengan undang-undang dan tidak bebas untuk bercakap sesuka hati.
“Perkara ini memberi kesan kepada mngsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit.
“Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntvtan ganti rvgi dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Pada 18 Ogos lalu, Suharnizan menulis komen “live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?” menerusi video secara langsung kira-kira jam 10 pagi sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook personaliti media sosial tersebut.
Eira Aziera kemudian membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya.
Video yang mengandungi kata-kata penuh h1inaan itu kemudian tular.
Bagaimanapun, tindakan personaliti tersebut membuat hi1naan itu mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya. Dia mendakwa gagal mengawal emosi dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan banyak pihak rasa tersinggung.
Suharnizan dengan ditemani peguamnya kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.
Menurut Suharnizan, jika perkara itu boleh dipersetujui atau ada tawaran untuk diselesaikan di luar mahkamah, pihaknya boleh mempertimbangkannya.
“Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” tegasnya.
Pihaknya turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyiasat akaun Facebook palsu menggunakan nama Suharnizan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi berkata, siasatan kes itu setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan terbaharu.
Samn lebih RM2 Juta
Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek yang menjadi mngsa body sham1ing akan menvntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntvtan samn terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera.
Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, sekiranya tiada respons daripada pihak personaliti media sosial itu (influencer) selepas menerima notis tuntvtan sivil yang sudah dihantar dan tempohnya tamat pada 28 September ini, samn sivil akan difailkan.
“Sepatutnya sudah sampai (notis tuntvtan sivil kepada Eira Aziera). Eira Aziera tidak berjumpa anak guam saya lagi (Suharnizan), kalau beliau berhajat jumpa anak guam saya, perlulah melalui saya.
“Samn belum difailkan lagi, jadi jumlah sebenar belum ditentukan. Tapi dalam notis tvntutan, memang ditvntut ganti rugi RM2 juta dan terdapat tuntvtan lain juga.
“Tuntvtan yang akan dibuat di bawah beberapa cabang Tort termasuk samn malv,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Leave a Reply